Tutup

'Kerajaan perlu membela, bukan bebankan rakyat'

'Kerajaan perlu membela, bukan bebankan rakyat'
Mohd Fakhrulrazi berkata, kerajaan wajib menanggung bebanan rakyat bukannya rakyat yang perlu menanggung bebanan kerajaan. - Foto Facebook
MERU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menentang keras sebarang cadangan menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

Menurutnya, kerajaan wajib membela rakyat dan sepatutnya menyelesaikan masalah tanpa membebankan golongan itu.

“Saya secara peribadi menentang keras usaha atau pandangan penamatan skim pencen kepada rakyat yang berkhidmat dengan kerajaan sama ada lantikan lama atau baharu.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan mengurangkan beban rakyat bukan sebaliknya,” katanya, yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, menerusi satu kenyataan semalam.



 

Tambahnya, kerajaan wajib menanggung bebanan rakyat bukannya rakyat yang perlu menanggung bebanan kerajaan.

“Nak marah, marahlah... saya pun rakyat juga. Saya sanggup hilang kedudukan saya kerana isu ini,” katanya.

BACA: Ganti skim pencen: Mekanisme lantikan baharu perlu dibincang
BACA: Kerajaan akan teruskan skim pencen, namun cari jalan berjimat - Tun Mahathir

BACA: Kerajaan disaran semak semula skim pencen

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk persetujuan.