Malaysia sentiasa konsisten dan tidak pernah membuat pusingan u berhubung dasar luar negara dengan negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia juga tidak pernah cenderung dengan negara kuasa dunia itu walaupun berdepan ketidaktentuan dalam geopolitik antarabangsa.
Tegasnya, kerajaan sentiasa berpendirian teguh dengan mengutama dan mempertahankan prinsip serta kedaulatan negara.
"Kerajaan tidak membuat pusingan u (u turn). Ada pihak lain suka membuat u turn seperti dulu setuju sekarang tidak setuju dan sebaliknya. Perkara ini biasanya dilakukan oleh pembangkang.
"Kerajaan bukan menukar dasar luar negara kita. Dasar luar negara ini memang berasaskan hal prinsip dan perkara itu tidak diubah mengikut keadaan serta situasi.
"Untuk makluman, dasar kerajaan sentiasa konsisten, Tuan Yang Dipertua boleh semak dasar luar negara kita. Kerajaan kekal istiqamah serta mempertahankan prinsip dan kedaulatan negara sekali gus kepentingan nasional," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu sama ada Malaysia telah mengubah dari 'neutral' kepada cenderong terhadap negara kuasa besar seperti AS susulan lawatan Perdana Menteri ke negara itu September lalu.
Malah, Wan Azizah turut mempersoalkan mengapa Najib menetap di hotel milik Donald Trump sebaliknya tidak menetap di Rumah Putih seperti lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sewaktu lawatan ke AS.
Perdana Menteri membidas soalan itu dan menyifatkan ia perkara remeh dan tiada kaitan dengan tujuan asal lawatan kerja tersebut.
"Walaupun saya tidak menetap di Rumah Putih tetapi saya bermain golf bersama beliau (Trump). Malah, beliau juga menghantar saya sehingga ke kereta," katanya.
Sementara itu, Najib menegaskan lawatan beliau ke AS juga membuahkan hasil kepada Malaysia terutama dalam mengukuhkan hubungan dua hala termasuk peningkatan pelaburan dan ekonomi negara.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 30 2017
Kerajaan sentiasa konsisten berhubung dasar luar negara dengan negara kuasa dunia seperti AS. - Foto Bernama.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Operasi Unit Perdagangan JPJ KL dipindahkan sementara akibat limpahan air
Pengoperasian Unit Perdagangan (Pintu 4) dipindahkan ke Pintu 5 dan Pintu 2 buat sementara waktu bagi memastikan operasi unit itu tidak terjejas.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.