Perkembangan situasi COVID-19 di negara ini setakat ini menyaksikan jumlah kes aktif COVID-19 menurun kepada 166 kes berbanding hari sebelumnya.

Berikut antara tumpuan dalam sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini;

1) Sebanyak 11 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,094 kes.

2) Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menunjukkan penurunan kepada 166 kes berbanding 174 pada hari sebelumnya.

3) Sebanyak 19 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya adalah 8,803 kes atau 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

4) Tiada sebarang kematian direkodkan. Kematian kekal 125 kes atau 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

5) Tiga kes positif dikesan dalam Kluster Kurau. Ketiga-tiga kes positif ini dikenalpasti hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut.