Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes dana SRC International Sdn Bhd.
Permohonan itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram yang mendakwa terdapat percanggahan dalam keterangan bekas perdana menteri itu di mahkamah dan kenyataan yang diberinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Memetik laporan Bernama, Sithambaram membuat permohonan itu di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengikut Seksyen 145 dan 155 Akta Keterangan.
Sebelum itu, Najib bersetuju dengan Sithambaram bahawa terdapat percanggahan serius dalam keterangannya dengan apa yang dicatatkan oleh SPRM.
Namun, Najib berkata terdapat alasan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, Hakim Mohd Nazlan berkata, tiada percanggahan material dalam kenyataan Najib kepada SPRM dan keterangannya di mahkamah.
Oleh itu katanya, pihak pendakwaan boleh meneruskan sesi pemeriksaan balas kerana tiada alasan untuk melakukan proses pencabaran.
Pada 11 November lalu, mahkamah memerintahkan Najib untuk membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBD), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
BACA: SRC: Najib pilih bela diri menerusi keterangan bersumpah
BACA: Najib tiba untuk bela diri, sejarah pertama bekas PM di kandang saksi
Jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Astro Awani
Mon Jan 06 2020
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin bagi memberi keterangan untuk prosiding membela diri terhadap pertuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd. - BERNAMA
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Peguam Syed Saddiq mohon cabar kredibiliti saksi utama pendakwaan
Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes Syed Saddiq memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.
Kes SRC: Mahkamah tolak permohonan pendakwaan cabar kredibiliti Najib
Pendakwaan kes Datuk Seri Najib Razak memohon untuk mencabar kredibilitinya berikutan percanggahan dalam keterangannya di mahkamah dan yang diberikan kepada SPRM.