KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.
Kenyataan yang bercanggah itu membabitkan arahan Syed Saddiq kepada Rafiq Hakim Razali, iaitu saksi pendakwaan ke-13 berhubung prosedur pengeluaran dana RM1 juta daripada akaun bank Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq berkata mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk membenarkan pihaknya memulakan prosiding mencabar kredibiliti Rafiq Hakim kerana dokumen yang dirujuk iaitu pernyataan saksi tidak dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaan.
"Pernyataan saksi ini tidak digunakan di mahkamah kerana beliau tidak membacanya semasa prosiding. Tetapi kami tahu terdapat percanggahan berdasarkan keterangan lisannya dan pernyataan saksi yang diberikan kepada kami sebelum ini," katanya pada perbicaraan kes Syed Saddiq di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata sekiranya pihak pembelaan ingin mencabar kredibiliti saksi itu, pernyataan saksi perlu dikemukakan di mahkamah dan dijadikan sebagai eksibit.
"Dalam kes ini, saksi (Rafiq Hakim) sudah mengaku memang terdapat percanggahan (dalam keterangannya)," katanya.
Azhar kemudian mengarahkan kedua-dua pihak untuk berhujah mengenai perkara itu (mencabar kredibiliti saksi).
"Kita perlu berhati-hati tentang hal ini dan saya tidak mahu apa-apa yang boleh memprejudiskan tertuduh," kata hakim dan meminta kedua-dua pihak untuk melakukan penelitian berhubung perkara itu.
Terdahulu, bekas Penolong Bendahari Armada itu tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa beliau berasa tertekan ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terpaksa 'mencari jalan' agar tidak dituduh bagi kes pecah amanah melibatkan dana RM1 juta itu.
Gobind: Salah satu jalannya adalah untuk tuding jari kepada Syed Saddiq. Saya katakan itulah yang kamu buat dalam kes ini.
Rafiq Hakim: Saya tidak bersetuju.
Gobind: Oleh sebab itulah kamu rasa tertekan semasa ditahan dan disiasat SPRM.
Rafiq Hakim: Saya rasa semua orang yang ditahan akan rasa tertekan.
Saksi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa ketika beliau disoal siasat, SPRM hanya bertanyakan soalan yang mengaitkan perbuatan (pecah amanah) itu dengan Syed Saddiq.
"Semasa saya ditahan, SPRM hanya bertanyakan tentang siapa yang beri arahan untuk tandatangan pengeluaran RM1 juta itu, saya maklumkan kepada mereka Syed Saddiq dan saya sendiri tidak akan tandatangan sekiranya tiada arahan daripada beliau," katanya.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram. - Foto BERNAMA
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.
Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Penurunan had umur belia percepat kematangan mereka - Pakar
Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengosongkan jawatan presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah.
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
Kronologi kes Syed Saddiq berhubung dana Armada
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.