KUALA LUMPUR:Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dilaporkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ghazali dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau pada Sabtu.

Katanya, keputusan tersebut diperoleh hasil ujian saringan COVID-19 kali kedua yang dilakukannya sejak menjalani kuarantin kendiri enam hari lalu.

“Saya dimaklumkan bahawa semua kontak rapat saya akan dihubungi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi disaring mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya mohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan yang berlaku kepada masyarakat dan kontak rapat saya. Saya berdoa agar segala urusan perubatan saya dipermudahkan dan saya dapat kembali sembuh,” demikian katanya dalam entri tersebut.