NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 436.2 kilogram (kg) dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM32 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 29 Ogos lepas.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, JKDM menyita 36 kotak dengan 12 daripadanya mengandungi bungkusan plastik lut sinar yang disyaki berisi pil ekstasi pelbagai warna dan bentuk.
Katanya berdasarkan jumlah berat dadah diperoleh, rampasan berjaya menyekat bahan terlarang itu daripada diedarkan kepada 2.18 juta penagih.
"Pemeriksaan ke atas baki 24 kotak tersebut menjumpai batu bata dan modus operandi digunakan sindiket itu ialah dengan mengikrar barangan yang mengandungi dadah itu sebagai perkakasan.
"Siasatan awal mendapati barangan dagangan itu diimport dari sebuah negara di Eropah dan mendarat di Kompleks Kargo KLIA sebagai destinasi terakhir," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM, di Kampung Jijan, di sini hari ini.
Zalzuli berkata hasil siasatan mendapati pengimport menggunakan maklumat palsu dalam dokumen pengimportan menyebabkan tangkapan sukar dibuat keatas pengimport dagangan tersebut.
Beliau berkata rampasan tersebut merupakan yang terbesar direkodkan daripada lima rampasan dilaporkan tahun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Zazuli (kiri) menunjukkan 36 kotak yang disita dengan 12 daripadanya mengandungi bungkusan disyaki berisi pil ekstasi ketika sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Kastam gagalkan penyeludupan 40kg dadah disembunyikan dalam mesin industri
Taktik licik penyeludup menyembunyikan 40 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM6.6 juta dalam sebuah mesin industri berjaya dikesan Jabatan Kastam .
Penggunaan kamera badan beri impak positif, kes salah guna kuasa turun - JKDM
Penggunaan kamera badan (BWC) dalam kalangan anggota dan pegawai Kastam menyaksikan kes tatakelakuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa menurun.
Kamera badan jadi 'fear factor,' tingkat integriti dan penguatkuasaan anggota, pegawai JKDM
Sejak mula digunakan pada Oktober 2023, berdasarkan rekod, aduan melibatkan salah laku anggota dan pegawai JKDM di lapangan menurun.
Kastam Kelantan rampas tembakau kering bernilai lebih RM50,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 3,980 kilogram tembakau kering bernilai RM59,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Machang- Jeli pada minggu lepas.
Kastam rampas 16 kenderaan mewah, rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.