PUTRAJAYA: Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sepang dekat sini dan Putrajaya dilanda banjir kilat.
Seorang penduduk Dengkil, K. Ramadass ketika dihubungi Bernama berkata antara kawasan terjejas ialah Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Kampung Ampar Tenang.
Beliau berkata terdapat kawasan perumahan turut dinaiki air lumpur yang menenggelamkan hampir separuh kereta.
Laman Facebook My Dengkil dan Sepang Viral turut berkongsikan maklumat kawasan terjejas termasuk Jalan Jenderam-Salak Tinggi yang mengalami kesesakan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata di Dengkil, paras air mulai surut di beberapa kawasan antaranya Taman Delima Jaya dan Taman Delima susulan hujan semakin reda.
Beliau berkata di Kota Warisan berhampiran stesen minyak Shell, terdapat air hujan bertakung pada kedalaman 0.3 meter namun ia semakin surut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Afizi Zolkifli berkata pihaknya telah menggerakkan anggota untuk melakukan rondaan di beberapa kawasan terjejas banjir kilat di sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.
"Pemantauan melalui kamera litar tertutup sentiasa dibuat dan rondaan kawasan oleh pasukan sedang dijalankan. Saya percaya pasukan petugas Perbadanan Putrajaya (PPj) pun sedang dan telah membuat pemantauan," katanya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat di kawasan terowong Presint 5 namun kejadian itu berjaya diselesaikan dengan tindakan pantas daripada pasukan petugas PPj dan JBPM.
"Kita ada terima laporan kejadian banjir kilat di beberapa lokasi di Putrajaya tapi ia sudah surut. Sebarang perkembangan boleh rujuk di laman sosial Facebook JBPM dan PPj," katanya.
Tinjauan di laman sosial Facebook PPj mendapati pihak perbadanan itu telah memuat naik amaran berjaga-jaga kepada kakitangan awam dan warga pusat pentadbiran kerajaan berikutan hujan lebat berterusan sejak 2 petang tadi.
Menurut maklumat di laman sosial itu, pihak PPj telah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko banjir kilat iaitu di Presint 18 berdekatan stesen minyak, Lebuh Wadi Ehsan Presint 19 serta terowong Presint 5 dan telah menggerakkan pasukan petugas ke lokasi terbabit untuk tindakan awal bagi mengelak berlaku banjir kilat.
Jurucakap Unit Komunikasi PPj ketika dihubungi berkata tindakan serta-merta pasukan petugas perbadanan itu berjaya mengawal aliran dan limpahan air hujan di saluran longkang serta jalan raya bagi mengelak berlaku banjir kilat terutama di kawasan rendah.
"Beberapa kawasan dikenal pasti telah kembali normal dan siap dibersihkan pasukan petugas PPj serta Alam Flora Sdn Bhd," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sepang dekat sini dan Putrajaya dilanda banjir kilat.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.