Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan hospital swasta di negara ini mewujudkan klinik bergerak di kawasan luar bandar bagi menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat.
Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata klinik bergerak itu boleh dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hospital berkenaan.
"Menerusi klinik bergerak inilah mereka boleh mencurahkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar atau kampung.
"Perkhidmatan ini juga sebagai usaha menangani masalah kesesakan di klinik-klinik kesihatan sedia ada selain membantu masyarakat mendapat rawatan kesihatan di peringkat awal tanpa ke klinik yang agak jauh dari penempatan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Bergerak Sutera di sini yang dikendalikan oleh Yayasan Avisena iaitu yayasan milik Avisena Specialist Hospital.
Turut hadir, Pengerusi Yayasan Avisena Datuk Ibrahim Md Yusof.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata usaha mewujudkan klinik bergerak itu dilihat mampu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan supaya dapat mengesan penyakit lebih awal.
"Seperti penyakit kencing manis, sekiranya pesakit mengetahui mereka mempunyai penyakit ini lebih awal pasti mereka akan lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan mereka.
"Sebab itu kita galakkan supaya adanya klinik sebegini... kita mahu hospital swasta lain mencontohi usaha yang dilakukan Avisena Specialist Hospital ini," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata Klinik Bergerak Sutera dilengkapi pelbagai kemudahan asas perubatan selain rawatan kesihatan diselia oleh doktor dan jururawat.
Beliau berkata rawatan yang diberikan merangkumi perkhidmatan rawatan kesihatan umum yang diperlukan masyarakat di luar bandar.
"Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan pesakit luar seperti demam, batuk dan selsema, pemantauan asas penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti darah tinggi, diabetis dan asma serta prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka.
"Klinik bergerak ini menyediakan perkhidmatan di sembilan lokasi di Selangor di mana lawatan akan dibuat setiap minggu ke satu kampung mengikut giliran, membabitkan waktu operasi pada hari Ahad bermula 10 pagi hingga 3 petang," katanya.
Antara lokasi klinik tersebut ialah Kampung Rinching Hulu, Beranang; Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang; Kuala Pangsun, Hulu Langat; dan Labohan Dagang, Banting. -- Bernama
Bernama
Sun Sep 02 2018
Dr Dzulkefly melawat Klinik Bergerak Sutera Yayasan Avisena selepas melancarkannya di Kampung Jaya Setia Bestari Jaya hari ini. - BERNAMA
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.
KKM saran hospital swasta wujudkan klinik bergerak
Kementerian Kesihatan menyarankan hospital swasta di negara ini mewujudkan klinik bergerak di kawasan luar bandar bagi menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat.