Satu lagi kluster baharu dikenal pasti melibatkan sebuah madrasah di Solok Duku, Masjid Tanah Melaka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 107 pelajar, guru dan ahli keluarga telah disaring.
"Dua kes positif COVID-19 di kalangan 35 orang pelajar, tiada kes positif di kalangan 10 orang guru dan kakitangan madrasah. Dua kes positif COVID-19 di kalangan 62 ahli keluarga guru, kakitangan dan pelajar," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Sehingga 14 Mei 2020 katanya, terdapat sebanyak enam buah kluster COVID-19 yang melibatkan madrasah tahfiz.
Empat kluster adalah merupakan subkluster kepada perhimpunan di Seri Petaling, manakala dua lagi masih dalam siasatan.
Sehingga kini, seramai 19,209 orang pelajar, guru dan kakitangan telah dikenal pasti dari sebanyak 370 buah madrasah dan pusat tahfiz di seluruh Malaysia.
Daripada jumlah keseluruhan ini sebanyak 12,384 sampel telah diuji (iaitu 64.5 peratus) dan keputusannya menunjukkan 635 kes positif COVID-19, 10,755 kes negatif COVID-19 dan 994 kes masih menunggu keputusan.
Berdasarkan keputusan saringan ini, didapati kadar positif dalam kalangan kumpulan berisiko ini adalah 5.1 peratus.
"Jika dibandingkan dengan situasi pada satu (1) minggu lalu (7 Mei 2020), kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 4.4 peratus. Tren kenaikan kadar positif ini adalah membimbangkan
kerana ia menunjukkan kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain di kalangan kumpulan ini adalah semakin meningkat," ujarnya.
Daripada siasatan yang telah dijalankan oleh pihak KKM, 96 orang daripada 635 orang yang dikesan positif COVID19 tidak mempunyai sebarang gejala saluran pernafasan (iaitu 15.1 peratus).
"Ini seterusnya boleh mengakibatkan penularan COVID-19 yang lebih meluas di kalangan ahli keluarga mereka dan juga masyarakat setempat, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil," tambahnya.
Astro Awani
Thu May 14 2020
Menurut Dr Noor Hisham, sehingga 14 Mei 2020, terdapat sebanyak enam buah kluster COVID-19 yang melibatkan madrasah tahfiz. - Gambar fail
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
[TERKINI] Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari lalu pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, kini Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.