Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu pihak berkuasa berkenaan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali perkhidmatan bot mengangkut penumpang dan pelancong.
Beliau berkata pengendali perkhidmatan bot perlu menyediakan peralatan yang diperlukan seperti sistem pengesanan GPS dan peranti komunikasi radio serta menjadikan suatu kewajipan bagi setiap penumpang memakai jaket keselamatan.
"Saya mengutuskan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada keluarga mereka yang maut dalam kejadian memilukan ini. Doa dan harapan saya juga mengiringi mereka yang masih hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Musa berkata pihak berkuasa berkenaan terus menggerakkan sumber yang diperlukan untuk membantu operasi mencari mereka yang masih hilang.
"Saya juga mahu satu siasatan menyeluruh dilakukan mengenai nahas ini. Kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mencegah kejadian serupa daripada berulang," katanya.
Beliau mengulas insiden bot jenis katamaran yang membawa tiga anak kapal dan 27 pelancong China karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu, sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru di sini menuju ke Pulau Mengalum.
Semalam, dua kru dan 20 pelancong warga China diselamatkan di perairan Semarang dekat Labuan, manakala tiga lagi pelancong China terkorban dalam tragedi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
Musa Aman mahu pihak berkuasa berkenaan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali perkhidmatan bot mengangkut penumpang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (23 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 24 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Isu sekolah daif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Kira-kira RM4 juta disalur kepada petani di Melaka tahun ini
Kira-kira RM4 juta disalurkan kepada petani di Melaka tahun ini menerusi penyerahan insentif pembangunan negeri dan Persekutuan kepada peserta yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
Jualan runcit dalam talian China naik 11.5 peratus empat bulan pertama
Jualan runcit dalam talian di China bagi empat bulan pertama tahun ini naik 11.5 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB4.41 trilion (RM2.85 trilion).
China sokong negara Arab berintegriti mainkan peranan lebih besar dalam isu Palestin
China telah meneliti perisytiharan dan kenyataan berkenaan yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 di Bahrain yang memfokuskan isu Palestin-Israel.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.