JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang disyaki mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, direman selama enam hari bermula semalam (12 Jun) hingga 17 Jun depan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, individu yang berumur 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu, direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 326A kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
"Lelaki terbabit ditahan di tepi jalan kawasan Taman Bukit Angsana, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11 pagi, semalam (11 Jun).
"Tangkapan dibuat ekoran kes yang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan pada 5 Mei lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pada 17 Mei lepas, media melaporkan seorang penjawat awam berumur 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dicederakan suaminya, 4 Mei lepas.
Menurut laporan itu, mangsa yang sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, selain rahang, tulang belakang serta rusuk, retak disyaki dipukul suaminya.
Susulan itu, pada 18 Mei lalu, polis dilaporkan telah mengedarkan gambar dan butiran diri lelaki itu, bagi memudahkan orang ramai memberi maklumat lokasi keberadaan individu terbabit, selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
Tangkapan dibuat ekoran kes yang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan pada 5 Mei lepas.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.
Hafidz Roshdi tak mengaku salah cederakan isteri
Hafidz membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.
Lelaki disyaki cederakan isteri sehingga parah direman enam hari
Individu yang berumur 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu, direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah
Individu berkenaan dikenal pasti sebagai Rosmaini Abd Raof, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah dan bekerja sebagai peniaga.
Lelaki didakwa cedera isteri dengan pisau
Gara-gara mengacu pisau sehingga mencederakan leher isterinya, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.