Seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu dalam tangkapan di kawasan letak kenderaan pasar 24 jam di Batu Kawa, Padawan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, tangkapan ke atas suspek itu dilakukan sepasukan anggota siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan pada pukul 1.15 petang.
Menuurtnya, ketika ditahan suspek berusia 28 tahun itu sedang menggenggam dua kotak rokok berwarna hijau.
"Pemeriksaan menemui dua paket plastik lut sinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan berat 50.50 gram. Dadah yang dirampas itu juga dipercayai bernilai RM6,000," katanya.
Tambah Aidil, saringan awal pihaknya mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah itu daripada seorang pengedar dikenali sebagai 'Ah How'
"Suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Rohana Wahed
Tue May 22 2018
Saringan awal pihaknya mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
PRN Sarawak: Pertembungan abad ini, Dr Sim, Chieng Jen hampir jadi realiti
Apakah benar Chieng Jen akan berhijrah ke Batu Kawa untuk berdepan seteru tradisi di kubu kuat SUPP?
Kuching, Lundu, Samarahan dilanda banjir kilat
Antara lokasi yang terjejas teruk adalah di kawasan Matang dan Batu Kawa.
Lewat bayar upah, pengasuh dera bayi 14 bulan hingga sawan dan kritikal
Gara-gara lewat dibayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera seorang bayi berusia 14 bulan hingga tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Oktober lalu.
Lelaki miliki syabu ditahan di Batu Kawa
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki Cina apabila berjaya diberkas kerana memiliki dadah berjumlah RM6000.
Lima warga asing ditahan miliki syabu bernilai RM1.4 juta
Anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am Batu Kawa menahan lima lelaki warga Indonesia bersama lima bungkusan mengandungi serbuk kristal.
Cemburu dipercayai antara motif pembunuhan ahli perniagaan
Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek yang menyangkakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.