awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
Ketegasan Mourinho buat Ronaldo menangis
Muhyiddin tegas kekalkan perpaduan, kekuatan Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki miliki syabu ditahan di Batu Kawa

Rohana Wahed
Rohana Wahed
22/05/2018
09:02 MYT
Lelaki miliki syabu ditahan di Batu Kawa
Saringan awal pihaknya mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine.
Seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu dalam tangkapan di kawasan letak kenderaan pasar 24 jam di Batu Kawa, Padawan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, tangkapan ke atas suspek itu dilakukan sepasukan anggota siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan pada pukul 1.15 petang.
Menuurtnya, ketika ditahan suspek berusia 28 tahun itu sedang menggenggam dua kotak rokok berwarna hijau.
"Pemeriksaan menemui dua paket plastik lut sinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan berat 50.50 gram. Dadah yang dirampas itu juga dipercayai bernilai RM6,000," katanya.
Dua paket plastik lut sinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu.
Dua paket plastik lut sinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu.
Tambah Aidil, saringan awal pihaknya mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah itu daripada seorang pengedar dikenali sebagai 'Ah How'
"Suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Batu Kawa
#Dadah
#lelaki
#Padawan
#pengedar dadah
#Sarawak
#siasatan
#Superintendan Aidil Bolhassan
#Syabu
#tangkapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan