Anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa menahan lima lelaki warga Indonesia bersama lima bungkusan mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu bernilai RM1.4 juta di Pos Jawatankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Telok Melano di Sematan pada Khamis.
Pegawai Pemerintah Batalian 11 PGA Batu Kawa, Supt Muhammad Sar'ie Fauzi berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, kelima-lima suspek sedang menunggang tiga motosikal dari arah Kampung Telok Melano menuju sempadan Malaysia-Indonesia.
"Sepasukan anggota PGA diketuai Inspektor S. Nawinthan bertindak menahan kelima-lima suspek yang kelihatan mencurigakan di hadapan pos kawalan tersebut.
"Hasil daripada pemeriksaan ke atas beg galas dan beg sendeng yang dibawa dengan cara menggalas dan menyendeng oleh kelima-lima suspek telah menjumpai lima bungkusan seberat lima kilogram dibungkus menggunakan aluminium foil. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan tersebut mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis syabu," katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.
Sar'ie berkata berikutan itu kelima-lima suspek berusia lingkungan 26 hingga 56 tahun itu ditahan dan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pada Jumaat.
"Kelima-lima suspek, tiga motosikal serta dadah yang dirampas telah diserahkan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2018
Sar'ie berkata berikutan itu kelima-lima suspek berusia lingkungan 26 hingga 56 tahun itu ditahan dan satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pada Jumaat.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pemandu Myvi ditahan kerana acu pistol di kepala penunggang motosikal
Suspek cuba melarikan diri dengan kenderaannya namun berjaya ditangkap oleh mangsa berusia 24 tahun dengan bantuan orang awam dalam kejadian 12.15 tengah malam itu.
Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.
Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri
Lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dalam serbuan pada jam 6 petang.
Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan
Lima wanita antara 15 warga tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan memproses pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di sekitar ibu kota.
Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung
Kedua-dua sahabat itu hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!
Sebelum diberkas pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, Kemaman.
Sindiket dadah berselindung di sebalik bungkusan jus diserbu polis
'Jus Tang Orange', 'Joker', 'Jus Crispy Fruit Guana', 'Jus Superman' dan 'Jus Superman Bizarro' antara label bungkusan dadah yang dihantar kepada penagih.
Polis tahan tiga suspek dalang jual pil kuda di Gua Musang
Tiga lelaki dipercayai dalang aktiviti penjualan pil kuda di Gua Musang, Kelantan ditahan pada Selasa lalu.
45 individu ditahan terlibat dadah sekitar ibu kota
Babitkan kawasan Chow Kit, Tiong Nam, Bukit Bintang, Pudu dan San Peng.
Pasangan suami isteri antara tiga ditahan edar dadah di Kota Kinabalu
Polis menahan sepasang suami isteri dan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.