Lima tahun berlalu, mangsa MH17 terus dikenang

Lima tahun berlalu, mangsa MH17 terus dikenang
Mereka bukan hanya sederet nama, bukan juga hanya sekadar angka. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tanggal Rabu, 17 Julai 2019 genap lima tahun tragedi yang menimpa pesawat malang Malaysia Airlines, MH17.

Dalam tragedi 17 Julai 2014 itu, pesawat Malaysian Airlines meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine.
Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Kami di Astro AWANI bersama rakyat Malaysia masih mengingati detik hitam itu dan sama-sama terus berkongsi kesedihan yang teramat dalam.

Kedukaan ini tidak mungkin sedalam kesedihan yang ditanggung oleh insan-insan yang dekat dengan mereka. Kita tidak pernah mengenali mereka tetapi kita juga sangat berdukacita kehilangan putera dan puterinya.

Mereka bukan hanya sederet nama, bukan juga hanya sekadar angka.

bukan kematian benar menusuk kalbu
keredaanmu menerima segala tiba
tak kutahu setinggi itu di atas debu
dan duka maha tuan bertakhta
(Chairil Anwar: Nisan, Oktober 1942)

Klik di sini untuk lihat laman khas yang Astro AWANI sediakan untuk mengenang mereka.

Tag: Malaysia Airlines, MH17, pesawat, mangsa, rakyat Malaysia, Malaysia, ulang tahun kelima


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.