Ramai pihak terutama pemain industri hartanah dan pembinaan meminta kriteria pemberian pinjaman untuk pembelian hartanah dilonggarkan.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong berkata masalah semasa yang dihadapi oleh pembeli rumah adalah harga hartanah terlalu mahal berbanding tahap pendapatan semasa mereka.
"Tidak perlu kajian antarabangsa untuk membuktikan harga rumah di negara ini 'sangat tidak mampu milik'.
"Masalah semasa dengan perumahan di Malaysia adalah harga hartanah terlalu mahal berbanding pendapatan rakyat. Malah Laporan Tahunan BNM 2016 pun ada mencatatkan sejak 2012, kenaikan harga rumah di Malaysia telah mengatasi kenaikan tahap pendapatan," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.
Chang berkata ekoran kenaikan harga rumah yang pesat, rakyat mendapati ia sangat mencabar atau mustahil untuk mereka membeli rumah impian berdasarkan tahap pendapatan semasa.
"Dan akan ada beberapa peminjam yang akan ditolak permohonan pinjamannya kerana pihak bank merasakan risiko kredit terlalu tinggi kerana jumlah pinjaman yang dikenakan adalah berlebihan dibandingkan dengan tahap pendapatan semasa mereka," katanya.
Khami lalu, Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) Qaiser Iskandar Anwarudin berkata rumah di Malaysia disifatkan sebagai 'memang di luar kemampuan' mengikut standard antarabangsa.
BACA: Rakyat memang tidak mampu beli rumah, ini puncanya... - Bank Negara
Qaiser berkata mengikut metodologi median berganda yang dibangunkan oleh Demographia International dan dicadangkan oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Universiti Harvard, sebuah rumah yang dianggap sebagai mampu dibeli adalah jika harganya tidak lebih tiga kali ganda dari pendapatan tahunan isi rumah.
Sebelum ini, Chang pernah menggesa kerajaan mengkaji semula inisiatif Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki (RTO) yang dimasukkan dalam Belanjawan 2020 kerana harga rumah mampu milik yang ditetapkan sehingga RM500,000 dilihat masih tinggi untuk ramai bakal pembeli.
Beliau berkata walaupun ia dilihat sebagai satu langkah proaktif membuka pintu kepada lebih ramai memiliki rumah, lebih wajar sekiranya kerajaan merendahkan had harga yang ditetapkan iaitu RM500,000 kepada nilai yang lebih rendah iaitu sekitar RM300,000.
Chang juga mengalu-alukan bakal pembeli rumah pertama mendapatkan nasihat praktikal dari HBA selain menasihatkan mereka melihat komitmen kewangan masing-masing terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli hartanah.
"Pembelian hartanah akan menjadi satu-satunya pembelian dan komitmen kewangan yang paling besar akan dibuat oleh rakyat biasa dalam hidup mereka. Pemikiran dan perancangan yang teliti harus dilakukan dan tidak boleh dibuat dengan dorongan atau hanya kerana orang lain melakukannya.
"Pembelian hartanah juga tidak boleh dibuat hanya kerana seseorang itu mahu berkahwin kerana lebih baik hidup bahagia di rumah yang disewa daripada hidup tidak senang di rumah sendiri," tambahnya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda menyokong sepenuhnya kajian badan antarabangsa berkenaan dan meminta kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah kajian itu kerana ia adalah satu realiti yang benar-benar berlaku.
Sehubungan itu, CUEPACS menggesa kerajaan menimbang semula Dasar Perumahan Negara bagi kakitangan awam berikutan masih ramai belum memiliki kediaman sendiri.
"Ini kerana kadar harga rumah mampu milik RM300,000 adalah sangat tinggi dan di luar kemampuan penjawat awam. Jika kadar harga rumah mampu milik tidak diturunkan antara RM40,000 hingga RM300,000, maka akan ada penjawat awam yang tidak akan ada rumah. Rumah yang dibina pemaju bukanlah yang mampu milik tetapi hanya mampu lihat sahaja," katanya.
Jurutera swasta, Mohd Alif Mustaqim Mohammad Shah, 26, yang bekerja dalam industri pembinaan berkata, beliau belum berhasrat membeli rumah dalam masa terdekat dan mengambil kira kualiti sesebuah unit kediaman dan harga yang ditetapkan pemaju.
"Jika harganya melebihi RM400,000, kualitinya juga perlulah berbaloi dengan harga. Selain melihat kemampuan kewangan sendiri, saya juga akan pilih rumah yang kualitinya setaraf harga yang ditawarkan pemaju," katanya.
Nor Amira Yusoff , 29, juga bercita-cita membeli rumah sendiri tetapi hanya mampu membayar RM1,400 sebulan.
"Buat masa sekarang saya hanya mampu menyewa sahaja. Tidak berkemampuan membeli kerana kebanyakan rumah memerlukan deposit sepuluh peratus. Kumpul deposit sahaja memerlukan lebih kurang lima tahun. Bila dah cukup deposit, rumah pula semakin mahal. Harga pertengahan dalam RM300,000 hingga RM400,000. Leasehold pula, jadi macam tak berbaloi untuk bayar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019
Bank Negara Malaysia menyifatkan rumah di Malaysia sebagai 'memang di luar kemampuan' mengikut standard antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.