Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang, ATIP yang pertama di Malaysia dirasmikan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang hari ini.
Perasmian disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.
Mahkamah itu mula beroperasi pada 1 Mac lalu dengan menyaksikan prosiding kes pertama pada 10 Mac.
Manakala, kes pertama untuk bicara akan diadakan pada 10 dan 11 April depan bagi mengambil keterangan mangsa.
Menurut Raus, penubuhan mahkamah khas itu di Klang adalah berdasarkan kepada keperluan di negeri Selangor yang mencatatkan jumlah pendaftaran dan kes pemerdagangan orang tertinggi di Malaysia.
Ia akan turut diwujudkan di seluruh negara secara berperingkat iaitu di Ipoh, Melaka, Muar, Kota Kinabalu dan Balik Pulau.
"(Kes) Yang paling tinggi ialah di Selangor, kita ada juga di Perak , Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah. Namun, di Sabah lebih senang sebab kita ada mahkamah baru di sana dan mungkin ia boleh beroperasi dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi," katanya.
Mahkamah Sesyen ATIP ditubuhkan bagi mempercepatkan giliran perbicaraan dan tempoh penyelesaian kes.
Kes di mahkamah itu disasar untuk dilupuskan dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh ia didaftarkan.
Pengkhususan mahkamah itu bukan sahaja dapat mempercepatkan penyelesaian kes, malah memberi nilai tambah kepada perkembangan undang-undang dan kemajuan pelaksanaannya di Malaysia.
Selain itu, inisiatif penubuhan mahkamah khas itu bertepatan dengan piawaian antarabangsa termasuk memberikan indikasi bahawa Malaysia mengambil serius dalam memastikan hukuman setimpal dikenakan kepada penjenayah.
"Penubuhan mahkamah khas ini juga adalah usaha kita untuk meningkatkan penarafan atau rating dan kita berharap ia akan dapat berjalan dengan baik seperti yang diharapkan," ujar beliau.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 28 2018
Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang dirasmikan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif (tengah). - Foto Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki ditemui maut dalam Myvi terkunci
JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam.
Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta
Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di tempat kejadian.
Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.
Ipoh jadi bandar CERIA, penduduk nikmati kebahagiaan, kesejahteraan
Fokus MBI tahun ini memastikan pelbagai inisiatif dinikmati warga Ipoh, yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.