IPOH: Pengambilalihan Hotel Syuen oleh YTL Hospitality REIT (YTL REIT) baru-baru ini akan memberi peningkatan imej kepada bandar raya ini, selain menggamit lebih ramai pengunjung luar.
Keyakinan itu disuarakan Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin yang berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.
"Dalam bisnes perhotelan, kena ada international chain (rantaian antarabangsa), YTL akan ambil alih dan akan usahasama dengan syarikat antarabangsa, AC Hotels by Marriott.
"Apabila ada rantaian antarabangsa ini, ia akan memberi peningkatan imej kepada bandar raya. Dalam promosi pelancongan, imej itu penting.
"Selain daripada Hard Rock Cafe di Ipoh, Marriott juga ada nama besar dalam industri pelancongan," katanya semalam.
Dalam pada itu, beliau turut meletakkan harapan supaya Ipoh menjadi bandar pelancongan di peringkat antarabangsa.
"Kita harap dua atau tiga tahun lagi, Ipoh akan jadi bandar pelancongan di peringkat antarabangsa setaraf Pulau Pinang, Melaka dan Sabah," katanya.
Setelah hampir tiga tahun ditutup, Hotel Syuen yang terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini akan kembali beroperasi setelah diambil alih pemilik baharu.
Sebelum ini, media melaporkan, YTL REIT memeterai perjanjian jual dan beli bersama Syuen Hotel Bhd bagi mengambil alih Hotel Syuen di Ipoh, bagi pertimbangan tunai RM55 juta.
Hartanah yang akan diambil alih terdiri daripada sebidang tanah pegangan pajakan dan bangunan hotel yang dibina bersama dengan asetnya, iaitu bangunan 13 tingkat dengan 290 bilik dikategorikan sebagai hotel empat bintang.
Aida Aziz
Fri Feb 16 2024

Pada 7 Feb lalu, YTL REIT dalam makluman kepada Bursa Malaysia menyatakan telah memeterai perjanjian jual beli dengan Syuen Hotel Bhd untuk pembelian Syuen Hotel di Ipoh, dengan jumlah pertimbangan tunai RM55 juta. - Foto Astro AWANI
Malaysia dipilih semula sertai dua badan penting
Malaysia telah dipilih semula menyertai Majlis Pentadbiran CSAM dan SIAP.
TNB gandakan perbelanjaan modal kepada RM42.9 bilion
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menggandakan perbelanjaan modalnya (capex) kepada RM42.9 bilion, merangkumi capex asas sebanyak RM26.6 bilion dan capex luar jangka sebanyak RM16.3 bilion bagi menyokong pembangunan infrastruktur untuk peralihan tenaga negara.
Ramli Ngah Talib, Pulau Pinang, Agong, Istana Negara, Buletin AWANI
Apa jalan penyelesaian terbaik yang bersifat adil dan saksama khususnya dalam perbincangan delegasi Malaysia di Washington, Amerika Syarikat ketika ini susulan tarif timbal balik yang dikenakan ke atas produk negara ini? Apa kepentingan Malaysia yang juga perlu dipelihara? Temu bual khas bersama Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Celcom timur Sabah dilantik kendali litar terpajak
Celcom Timur Sabah (CT Sabah) dilantik untuk mengendalikan litar terpajak yang ada di Sabah dan Labuan.
CEO Boeing jamin lindungi pemulihan syarikat di sebalik perang perdagangan AS-China
Ketua Pegawai Eksekutif Boeing beri jaminan syarikat kekal kukuh meskipun berdepan cabaran perang perdagangan AS-China, selepas lapor kerugian lebih kecil dan pengeluaran jet yang meningkat.
Kerajaan Sabah lancar hala tuju tenaga Sabah
Kerajaan Menteri Sabah memberitahu akan melancarkan hala tuju tenaga Sabah dan Pelan Induk 2040 ( Sabah Energy RAMP 2040).
Sektor teknologi Malaysia dijangka terima lonjakan tempahan
Sektor teknologi Malaysia dijangka meraih manfaat daripada lonjakan tempahan segera dan peralihan semula aktiviti pembuatan yang meningkat ke ASEAN susulan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).
Inflasi Malaysia diunjur pulih selepas menyederhana pada Mac - Moody's Analytics
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pulih pada tempoh separuh kedua 2025 selepas mencatatkan angka terendah dalam tempoh melebihi empat tahun pada Mac.

'Tiada layanan dua darjat siasat kesilapan paparan Jalur Gemilang' - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan tiada layanan dua darjat dalam siasatan berhubung kesilapan paparan Jalur Gemilang membabitkan KPM hari ini.

Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM24 juta - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri 'A__A' sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.

Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.