awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ipoh jadi bandar CERIA, penduduk nikmati kebahagiaan, kesejahteraan

Aida Aziz
Aida Aziz
08/02/2024
01:20 MYT
Ipoh jadi bandar CERIA, penduduk nikmati kebahagiaan, kesejahteraan
Rumaizi berucap pada majlis Executive Talk bersama Datuk Bandar Ipoh di Ipoh semalam. - Foto Majlis Bandaraya Ipoh
IPOH: Pelbagai usaha sedang dijalankan bagi memastikan Ipoh mencapai sasaran untuk menjadi bandar raya CERIA, kata Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin.
Jelasnya, CERIA membawa maksud Canggih, Ekonomi, Rahmah, Inklusif dan Aman.
Rumaizi memaklumkan, fokus Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tahun ini adalah untuk memastikan pelbagai inisiatif dinikmati warga Ipoh, yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan.
"Selain itu, untuk mencapai matlamat menuju ke arah bandar raya 'human centric', langkah-langkah strategik perlu diambil bagi memperkasa kehidupan komuniti dan memastikan keadilan sosial.
"Apa yang lebih penting adalah kesungguhan warga MBI untuk terus memahami dan mendukung fokus MBI bagi mewujudkan bandar yang CERIA.
"Saya mengharapkan sokongan, kerjasama dan paling penting semangat berpasukan dari warga MBI dalam memaju dan memastikan perkhidmatan perbandaran dapat disampaikan dengan lebih efektif," katanya dalam ucapan ketika majlis Executive Talk bersama Datuk Bandar Ipoh, di sini, semalam.
Dalam pada itu katanya, MBI sebelum ini turut mengambil inisiatif awal dengan mewujudkan sebuah Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat.
Foto MBI
Foto MBI
"Ipoh merupakan bandar raya pertama di rantau ini yang mempelopori konsep bandar Ekonomi Donat.
"Dalam Ekonomi Donat, ia mencadangkan kita harus menumpukan kepada memenuhi keperluan komuniti, secara asasnya, perlu wujudkan ekonomi penjanaan semula dan pengedaran.
"Matlamatnya untuk memastikan pembangunan manusia kekal dalam 'donat', yang mencapai keseimbangan antara kemajuan sosial dan kelestarian alam sekitar," katanya lagi.
Foto MBI
Foto MBI
Menurutnya, konsep Bandar Ekonomi Donat seperti yang dilhamkan Professor Kate Raworth dari Oxford University adalah bagi memastikan pembangunan seimbang dalam memenuhi keperluan ekonomi, termasuk dalam lingkungan had kemampuan alam sekitar.
Konsep bandar Ekonomi Donat ini telah dilaksanakan di beberapa bandar raya dunia antaranya Amsterdam (Belanda), Brussels (Belgium), Berlin (Germany), Melbourne dan Sydney (Australia), Oxford dan Birmingham (UK).
Topic Berkaitan
#Ipoh
#ceria
#Rumaizi Baharin
#bandar Ekonomi Donat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan