Ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pemulihan pada 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata negara berkedudukan baik untuk mencatatkan peningkatan semula pada 2021 berlandaskan rancangan ke arah menyaksikan keluk pemulihan ekonomi berbentuk 'V'.
"Kita lihat unjuran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang amat kukuh terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 Malaysia iaitu enam hingga lapan peratus, namun ia bergantung kepada bagaimana kita dan dunia menangani krisis kesihatan pandemik COVID-19.
"Kita memantau rapat keadaan ini namun saya amat optimistik setelah melihat fakta dan angka yang dibentangkan kepada kita khususnya bagi Jun dan Julai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke syarikat Vitrox Technologies Sdn Bhd di sini, hari ini.
Beliau berkata selain itu kadar pengangguran Malaysia yang susut 0.4 mata peratusan kepada 4.9 peratus pada Jun 2020 daripada paras tertinggi 5.3 peratus pada Mei 2020 mengikut Jabatan Perangkaan juga satu petanda yang baik.
"Ini bermakna apabila ekonomi dibuka semula pada 4 Mei dan industri pula dibuka semula secara beransur-ansur...pekerjaan juga bertambah baik. Ini merupakan petanda awal bahawa kita berada di landasan yang betul untuk pulih," katanya.
Tengku Zafrul berkata sebagai perbandingan, pada Jun 2020, kadar pengangguran di Filipina mencecah 17.7 peratus, India (11 peratus), Amerika Syarikat (11.1 peratus) dan China (5.7 peratus).
"Kebanyakan negara Eropah juga mencatatkan angka pengangguran dua digit tetapi bagi Malaysia kadar pengangguran masih terkawal," katanya.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan prestasi KDNK negara bagi suku kedua 2020 mencatatkan penurunan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata suku kedua 2020, yang prestasinya dijadual dibentangkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat depan, adalah tempoh mencabar kerana ketika itulah PKP dilaksanakan selain penutupan ekonomi negara sehingga 4 Mei.
"Oleh yang demikian, saya jangka ekonomi ini mengalami penguncupan pada suku kedua 2020. Bagaimanapun kita tidak sendirian kerana ini adalah kesan pandemik secara global, lebih 150 negara di dunia akan menghadapi penguncupan ekonomi pada 2020," katanya.
Mengenai suku ketiga 2020, Tengku Zafrul berkata prestasi ekonomi Malaysia bagi tempoh itu akan bergantung kepada usaha negara menguruskan dan menangani pandemik COVID-19.
"Sekiranya kita berjaya mengekalkan pertumbuhan, suku ketiga 2020 sewajarnya lebih baik daripada suku kedua 2020.
"Namun suku keempat juga bergantung kepada bagaimana langkah ekonomi global untuk meningkat kerana seperti yang anda ketahui, kita merupakan ekonomi yang sangat terbuka dan Malaysia adalah sebahagian daripada rantaian bekalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020
Ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pemulihan pada 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Bernama
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.