Pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT.
"Sebelum ini peluang Bumiputera untuk berniaga di pusat IT agak kurang diberikan dan sewa yang dikenakan terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak mampu.
"Namun kami lihat sektor IT mempunyai pasaran jangka panjang yang tinggi dan apa salahnya kami beri ruang dan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam sektor yang mempunyai potensi besar ini," katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi dana terbaik PMB Investment dan pelancaran Brand Ambassador Programme di sini, hari ini.
Disamping itu, beliau berkata usaha itu juga bertujuan menghidupkan semula bangunan Mara sedia ada yang kurang mendapat sokongan akibat perniagaan yang tidak menonjol.
"Kami ada beberapa bangunan Mara yang perlukan penambahbaikan dari segi produk jualan kerana pembeli tidak mahu melihat pakaian dan makanan sahaja dijual, mereka mahukan lebih seperti barangan IT yang menjadi keperluan masa kini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menolak dakwaan subsidi sewa selama enam bulan yang diberikan kepada peniaga di Mara Digital Mall itu sebagai tindakan 'memanjakan' golongan Bumiputera, sebaliknya ia sebagai strategi pemasaran.
Jelasnya subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.
"Dulu semasa zaman saya ingin memulakan perniagaan, ada bangunan yang tempatnya maju dan dikenali ramai tetapi sewa bulanannya sangat mahal dan menjadi bebanan.
"Jadi kami memahami peniaga ini dan beri peluang stabilkan perniagaan dan dapat untung sebelum dikenakan sewa selepas enam bulan," katanya menjawab kenyataan pihak tertentu mendakwa subsidi sewa selama enam bulan itu memanjakan peniaga Bumiputera.
Menyentuh mengenai Brand Ambassador Programme, Ismail Sabri berkata kempen berterusan dan agresif oleh kakitangan PMB Investment akan membantu meningkatkan jumlah pelabur terutama dalam kalangan golongan muda.
Brand Ambassador Programme merupakan strategi pemasaran yang menggunakan kereta milik kakitangan PMB Investment sebagai ruang iklan untuk mempromosikan jenama PMB.
Bernama
Thu Dec 17 2015
Usaha itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT. - Gambar Fail
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur
UNRWA memutuskan untuk menutup ibu pejabatnya di Baitulmaqdis Timur selepas penduduk Israel berulang kali membakar kawasan berhampiran premis itu.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Apple sedang bangunkan cip kendiri untuk jalankan perisian AI
Cip AI kendiri ini akan digunakan di pusat data Apple dengan ini
Google bayar Apple hingga AS$20 bilion pada 2022, kekal enjin carian utama Safari
Google sedia bekerjasama dengan Apple untuk menjadi enjin carian utama dan pembayaran dilihat meningkat dari tahun ke tahun.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.