awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18

Amanz
Amanz
01/05/2024
05:00 MYT
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran. -Amanz
APPLE sedia diperkatakan akan mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan pada kemas kini iOS 18 akan datang.
Salah satu aplikasi terbina yang turut akan menerima kesan disebabkan perubahan ini adalah pelayar web Apple iaitu Safari.
Melalui AppleInsider, ia dikongsikan ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
Di samping itu, pengguna juga akan ditawarkan dengan kemas kini antara muka untuk pelayar web, selepas sekian lama Safari tidak menerima perubahan drastik yang besar.
Salah satu ciri berasaskan kecerdasan buatan yang bakal diperkenalkan adalah keupayaan untuk merumuskan kandungan web.
Dengan langkah ini, model AI pada Safari boleh mengenal pasti pelbagai ayat dan perkataan pada sesuatu laman web, dan seterusnya memberikan penerangan ringkas kepada pengguna.
Apple dijangka menggunakan keupayaan pemprosesan pada peranti untuk tujuan berkenaan – berbeza dengan beberapa penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan ciri lebih kurang sama.
Di samping itu, Safari baharu turut dijangka menambah ciri “Web Eraser”, yang memudahkan pengguna memadam sesuatu kandungan terus daripada sesuatu laman web – termasuk pengiklanan, gambar dan sebagainya.
Dan Safari akan ingat akan tetapan pengguna berkenaan, dan akan mengimplementasi perkara sama apabila melakukan pelayaran pada waktu akan datang.
Apple juga dikatakan sedang membangunkan ciri carian berasaskan visual pada Safari, dan akan memperkenalkan ia sekitar 2025 kelak.
Dengan pelbagai ciri ini, Safari dijangka akan menjadi salah satu fokus utama pada pengenalan iOS 18 yang dikuasakan kecerdasan buatan.
Malah, dengan langkah-langkah ini juga, Apple mungkin turut memposisikan Safari sebagai salah satu pesaing kepada enjin carian lain di pasaran.
Apple bakal mengadakan acara WWDC pada bulan Jun 2024 ini, dimana mereka dijangka menyentuh lebih lanjut berkenaan dengan penawaran kecerdasan buatan mereka. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#kecerdasan buatan
#Safari
#iOS 18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan