Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu yang bertindak sebagai sekretariat bencana negeri sentiasa mengingatkan kepada orang awam untuk ambil cakna tentang persiapan keselamatan pada musim Monsun Timur Laut.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata fenomena air pasang besar berlaku apabila graviti bumi terjejas semasa bulan penuh dan ketika Monsun Timur Laut.
"Dijangkakan peningkatan paras air laut akibat fenomena air pasang besar dalam tempoh tiga hari meningkat ke aras 2.9 hingga 3.1 meter dan kelajuan angin bertiup ialah 40 ke 50 kilometer sejam.
"Kita bernasib baik kerana tiada pertembungan antara air pasang besar dengan hujan lebat di kawasan Kuala Terengganu, Marang dan Setiu yang menyebabkan paras air tidak terlalu tinggi seperti sebelum ini," katanya yang ditemui ketika meninjau fenomena air pasang besar lewat malam tadi di sekitar Kuala Terengganu di sini.
Beliau berkata bagi kawasan yang berisiko hakisan seperti di Mengabang Telipot, Pantai Tok Jembal dan Pantai Bari Kecil, Setiu, pihak APM telah menugaskan beberapa anggota untuk sentiasa memantau situasi dari semasa ke semasa.
Orang ramai yang tinggal di kawasan lembah atau kawasan tanah rendah diingatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk berpindah jika kawasan penempatan dinaiki air dan berhubung dengan pihak pemimpin setempat bagi mendapatkan info pusat pemindahan yang dibuka.
Selain itu, Che Adam turut menasihatkan mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai agar tidak berada terlalu hampir dengan pinggir pantai bagi mengelak sebarang risiko yang mampu meragut nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2018
Dijangkakan peningkatan paras air laut akibat fenomena air pasang besar dalam tempoh tiga hari meningkat ke aras 2.9 hingga 3.1 meter. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada
Orang ramai terutama penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada Ahad dan Isnin.
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, ia akan menyebabkan banjir yang berlaku pada masa akan datang lebih buruk.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang
Penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari.
Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh
Seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.