awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2023
07:00 MYT
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan yang terjejas ialah Jeti Kampung Baru Kuala Selangor, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Selangor, Pantai Jeram dan Pantai Remis. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
Smart Selangor Command Centre (SSCC) berkata, empat kawasan itu ialah di Jeti Kampung Baru Kuala Selangor, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Selangor, Pantai Jeram dan Pantai Remis.
Bagaimanapun, katanya, meskipun berlaku limpahan kecil, namun empat kawasan itu tidak mengakibatkan banjir.
"Empat lagi kawasan tidak mengakibatkan banjir iaitu di Jeti Sungai Gambut, Jambatan Kuala Selangor, Jeti Sungai Sembilang dan dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kuala Selangor," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
SSCC dalam kenyataannya memberitahu, pemantauan di lapan kawasan itu dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bermula jam 6.58 pagi.
"Paras air laut dicatatkan pada hari ini (5.6) meter lebih tinggi berbanding semalam (Jumaat) iaitu 5.5 meter," jelas beliau.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memantau keadaan cuaca semasa selain merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.
Dalam pada itu, maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari menerusi laman sesawang hydro.gov.my/ramalanpasangsurut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kuala Selangor
#air pasang besar
#Pantai Remis
#kawasan dilanda air pasang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan