awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
28/12/2023
23:45 MYT
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Fredolin berkata data menunjukkan peningkatan suhu dunia secara berterusan boleh menjurus kepada peningkatan paras air laut. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Data menunjukkan, peningkatan suhu dunia secara berterusan boleh menjurus kepada peningkatan paras air laut.
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, menurut Prof Dr Fredolin T Tangang, ia akan menyebabkan banjir yang lebih buruk pada masa akan datang.
“Data menunjukkan suhu laut meningkat, dan peningkatan ini meningkatkan aras laut. Walaupun tidak banyak, kita jangka ia meningkat secara perlahan.
“Jika perubahan iklim disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini tidak dapat ditangani oleh dunia dan pemanasan berterusan, maka pada hujung abad ke-21, menurut laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), secara purata di Malaysia aras laut akan meningkat antara 0.6 dan 0.7 meter,” katanya.
Beliau yang merupakan Felo Akademi Sains Malaysia dan bekas Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1 IPCC berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Peningkatan suhu dunia menjurus peningkatan paras air laut, memburukkan banjir - Penganalisis
Jelasnya, antara fenomena yang dijangka berlaku sekiranya peningkatan paras air laut ini tidak ditangani adalah banjir di kawasan yang tidak pernah berlaku banjir sebelumnya.
Bahkan, Fredolin menyatakan kebimbangan, banjir akan bertambah buruk jika mengambil kira berlakunya hujan lebat dan air pasang besar.
Agenda AWANI: Monsun… banjir semakin buruk?
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#air pasang besar
#banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan