Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyambut baik langkah kerajaan mengurangkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018.
Presidennya Datuk Tan Kok Liang berkata, keputusan kerajaan itu akan memacu industri pengembaraan domestik - penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia.
"Langkah itu akan menggalakkan perbelanjaan dalam kalangan pengguna tempatan dan pelancong, sekali gus berpotensi menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pengembaraan, beli-belah, makanan dan minuman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan berkata penerbangan antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan menjadi lebih rendah dengan GST sifar peratus justeru itu ia menjadi petanda baik bagi pelancongan domestik.
Beliau berkata perubahan dasar itu juga akan mendorong konsistensi dari segi layanan GST antara kawasan khas (Labuan, Langkawi serta Tioman) dan destinasi pengembaraan domestik lain.
"Bagaimanapun, tidak jelas sepenuhnya sama ada GST perlu dikenakan kepada produk pelancongan yang dijual sebelum 1 Jun untuk pengembaraan pada tarikh itu atau selepasnya," katanya, sambil menambah, persatuan itu akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung perkaratersebut.
MATTA merupakan organisasi bukan kerajaan terbesar di Malaysia, dengan 3,300 anggota terdiriejen pelancongan dan pengembaraan tempatan serta gabungan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 18 2018
Kadar GST sifar membolehkan pelancong berbelanja lebnih sekali gus menjadikan Malaysia destinasi ideal pelancongan. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam
GST seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan tujuh peratus.
LHDN akan semak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyemak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020.
RM24.7 bilion tunggakan GST, cukai pendapatan dilunaskan
Lim Guan Eng berkata bayaran itu dibuat daripada dividen khas yang diterima daripada Petronas seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019.
Mungkin... saya silap - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik GST dilaksanakan pada 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.
Tiada kehilangan wang bayaran balik kutipan GST - Irwan Siregar
Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik GST.
Syarikat berdaftar GST akan dipindahkan kepada SST mulai Rabu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim GST kepada SST mulai esok.
RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.
GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama.
Merungkai kekeliruan GST
Penjelasan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Mohd Yusof Saari, dalam merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST dan SST.
Ketidakjelasan arahan baharu mengenai GST sifar
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.