Mayat tidak sempurna yang hanya tinggal tengkorak dan kedua belah kaki dan tangan yang hampir reput dijumpai terdampar dicelah-celah batu di belakang limbungan di Rancha-Rancha dekat sini, lewat petang Khamis.
Mayat yang belum dipastikan jantinanya itu dipercayai telah hanyut dilaut sejak tiga hingga empat minggu lepas.
"Mayat itu dijumpai oleh orang awam di belakang limbungan Asian Supply Base Sdn Bhd pada jam 5.50 petang sebelum menghubungi pihak polis.
"Kita tidak boleh membuat sebarang andaian disebabkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan," Timbalan Ketua Polis Labuan, Timbalan Penguasa Mohd Ibrahim Mohd Ghani memberitahu Bernama hari ini.
Katanya hasil pemeriksaan awal yang dilakukan keatas mayat mendapati tiada indikasi atau tanda-tanda kecederaan fizikal.
"Semoga kita mendapat petunjuk seterusnya setelah bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu hari ini atau esok," katanya.
Farid mengingatkan kepada penduduk setempat atau berhampiran yang ada kehilangan anggota keluarga agar tampil membuat laporan atau membantu mengenal pasti mayat berkenaan.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2019
Pemeriksaan awal yang dilakukan keatas mayat mendapati tiada indikasi atau tanda-tanda kecederaan fizikal. - Gambar hiasan
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mayat tidak sempurna ditemui di belakang limbungan
Pemeriksaan awal yang dilakukan keatas mayat mendapati tiada indikasi atau tanda-tanda kecederaan fizikal.