awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Aman dipercayai masih terima rawatan di hospital swasta di Subang Jaya

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/08/2018
10:07 MYT
Musa Aman dipercayai masih terima rawatan di hospital swasta di Subang Jaya
Setakat 3:10 petang ini, tiada sebarang maklumat mengenai jenis rawatan yang diberikan kepada Musa dan tiada juga kelibat mana-mana pemimpin yang hadir untuk melawatnya. - Gambar fail Facebook/Joh Wid
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dipercayai masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kenderaan milik beliau dipercayai memasuki perkarangan hospital sekitar 7:30 malam pada Selasa dan dipercayai masih berada di pakar perubatan tersebut.
Setakat 3:10 petang ini, tiada sebarang maklumat mengenai jenis rawatan yang diterima Musa dan tidak kelihatan juga kelibat mana-mana pemimpin yang hadir untuk melawatnya.
Beberapa pekerja di kaunter pendaftaran ketika ditemui enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai Musa.
Sementara itu, sebanyak lima lelaki yang dipercayai merupakan pengawai peribadi Musa berada di lobi pusat perubatan tersebut.
Astro AWANI menemui dua daripada lima lelaki tersebut namun mereka enggan mengulas mahupun mengesahkan perkara berkenaan.
Musa sebelum ini menerima rawatan di The Clementine Churchill Hospital London, di England.
BACA: DUN Sabah: Musa Aman masih 'hilang'
BACA: 'Kehilangan' Musa Aman masih misteri
Terdahulu, Musa dikehendaki pihak polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.
Beliau turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menyogok Ahli Dewan Undangan Negeri.
BACA: Isu Musa: Sabah serah kepada pihak berkuasa
Namun begitu, Musa menafikan dakwaan beliau melarikan diri daripada disiasat pihak berkuasa Malaysia dan sebaliknya mendakwa beliau berada di United Kingdom (UK) untuk menjalani rawatan.
Dalam pada itu, Musa perlu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga sebelum 11 September ini atau mengosongkan kerusi itu.
Topic Berkaitan
#bekas Ketua Menteri Sabah
#dakwaan
#hilang
#hospital swasta
#Musa Aman
#rawatan
#Subang Jaya
#Tun Juhar Mahiruddin
#Yang Dipertua Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan