Mereka yang berminat untuk menikmati durian Musang King boleh datang ke Raub, Pahang kerana ia sudah mulai luruh sekarang.
Musang King yang ada menurut Pengarah Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Hasan Jusoh, adalah buah di luar musim sebelum musim sebenar pada bulan April hingga Ogos ini.
"Minggu lalu harga ladang Musang King ialah RM38 sekilogram, menurun daripada RM50 sekilogram sebelumnya, memandangkan bekalan buah yang semakin meningkat.
"Bagaimanapun harga runcitnya ialah sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada keadaan seperti keadaan buah, tempoh buah disimpan dan kawasan jualan," katanya kepada Bernama.
Hasan berkata pengusaha Musang King lebih selesa menjual sendiri buah itu dan akan merujuk kepada FAMA jika berhasrat untuk mengeksport ke negara luar seperti Singapura dan Brunei yang memberi sambutan luar biasa kepada buah itu.
Hasan menambah selain buah segar, turut mendapat permintaan ialah isi durian sejuk beku yang boleh bertahan sehingga enam bulan dan tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King.
"Pes yang diperbuat daripada isi Musang King mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lebih sedap. Pada kebiasaannya dijual pada harga RM120 sekilogram dan dijual dalam dua paket menjadikan harga jualannya RM240.
"Bagaimanapun, FAMA masih tidak mempunyai stok lagi kerana bilangan buah yang masih kurang," katanya.
Beliau berkata rasa Musang King di Raub mendahului durian di kawasan lain kerana faktor geografinya yang berbukit-bukau dan kedudukannya di banjaran Titiwangsa berserta kesesuaian tanah.
Beliau menasihatkan pembeli untuk memeriksa durian yang dibeli dengan sewajarnya bagi memastikan harga yang dibayar adalah berpadanan dengan buah yang diperoleh.
"Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain dan mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti tapak sulaiman di bawah buahnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Harga ladang Musang King kini RM38 sekilogram, turun daripada RM50 sekilogram sebelum ini. -Bernama
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara
Jualan Semarak Syawal Agro Madani diadakan di seluruh negara hingga menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan.
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA Melaka sasar nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Program Temu DBKL, Teh Hijau Kuala Lumpur untuk rapat dengan warga kota
Ia merupakan program turun padang 25 jabatan di bawah DBKL sebagai pendekatan meningkatkan kualiti penyampaian agensi itu kepada warga kota.
Jualan Agro MADANI terbukti dapat ringankan beban rakyat
Selain pengguna, peniaga turut menerima manfaat sama apabila dapat menjana lebih pendapatan susulan hasil jualan meningkat.
FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro MADANI 2024
FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro MADANI 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Jualan Agro Madani di jajahan Pasir Mas bantu mangsa banjir
Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah dari pasaran membuka peluang dan kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka.
FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti
FAMA akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.
Monsun Timur Laut: FAMA bekal 60,000 kit makanan kepada NADMA
KPKM menerusi FAMA akan membekalkan 60,000 kit makanan kepada NADMA untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir.