Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.
Perdana Menteri dan tetamu kemudian bersama-sama mengerjakan solat Maghrib, solat Isyak serta solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Palestin yang diimamkan oleh Ali Omar.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez Abdul Rahim dan Imam Besar Masjid Negara. Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.
Dalam pertemuan itu, Ali Omar merakamkan penghargaan atas perjuangan perdana menteri membela nasib Palestin dan Masjid Al-Aqsa selama ini termasuk ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
Katanya tidak banyak pemimpin Islam yang berani membangkitkan isu Palestin dan mengutuk penindasan Israel secara terbuka seperti yang diperjuangkan oleh Najib.
Imam Masjid Al-Aqsa itu turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Najib sendiri agar mampu berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus memimpin negara ini.
Bernama
Fri Oct 09 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Imam Masjid Al Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi (kiri) di majlis solat hajat dan doa selamat di kediaman rasmi perdana menteri Seri Perdana pada Khamis. - Gambar Bernama
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Najib terima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa
Dalam pertemuan itu, Ali Omar merakamkan penghargaan atas perjuangan perdana menteri membela nasib Palestin dan Masjid Al-Aqsa selama ini.