Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah: