Nasihat perjalanan ke Malaysia yang dikeluarkan Australia dan United Kingdom kepada rakyatnya wajar ditarik balik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata nasihat perjalanan dikeluarkan kedua-dua negara itu kurang berasas memandangkan kerajaan telah mengambil langkah-langkah keselamatan dalam mengekang kegiatan keganasan di negara ini.
"Dari segi ancaman pengganas, setakat ini kerajaan telah menahan 117 individu yang terlibat dari segi memberi sokongan kepada kumpulan militan dan menyebar dakyah keganasan," katanya kepada pemberita selepas taklimat khas tahap keselamatan dalam negara kepada wakil kedutaan asing di Malaysia, di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata polis dan tentera juga telah ditugaskan untuk mengiring para pelancong yang mahu melawat pulau-pulau terpencil di Sabah.
"Malah, sekarang ini secara purata seramai 1,000 pelancong melawat pulau-pulau di Sabah setiap hari dan ini menunjukkan kawasan tersebut adalah selamat,' katanya.
Pada Februari lalu, kerajaan Australia dan United Kingdom telah mengeluarkan nasihat perjalanan ke Sabah kepada rakyatnya.
Menyentuh mengenai perjumpaan dengan 221 wakil daripada 90 kedutaan itu, Nur Jazlan berkata beliau turut terkejut apabila tiada soalan daripada wakil kedutaan Australia dan United Kingdom berkenaan ancaman keselamatan dalam negara.
"Australia diwakili oleh dutanya manakala United Kingdom telah menghantar wakil ... saya ada minta tarik balik (nasihat perjalanan), tetapi mereka tidak bersuara. Saya ingatkan mereka akan menyatakan senarai kenapa Malaysia tidak selamat, tetapi tiada...", katanya.
Mengenai maklum balas wakil kedutaan pada taklimat itu, Nur Jazlan berkata mereka berharap kerajaan dapat meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang "mungkin menjadi sasaran".
"Mereka bimbang mengenai keselamatan di kawasan seperti sekolah-sekolah antarabangsa di sekitar ibu negara, di mana anak-anak mereka pergi bersekolah dan kehadiran polis tidak jelas di kawasan itu dan ini memberi ruang kepada pengganas dan penculik untuk mengambil kesempatan," katanya. Justeru beliau memberi jaminan pihak polis akan meningkatkan kehadiran di kawasan berkenaan di sekitar ibu negara.
Nur Jazlan dalam pada itu berkata KDN akan berbincang dengan Kementerian Luar untuk mewujudkan satu saluran komunikasi rasmi secara terus dengan kedutaan asing bagi menyampaikan maklumat berkenaan isu keselamatan.
"Ini adalah kali pertama kementerian berhubung secara terus dengan perwakilan asing kerana sebelum ini mengikut protokal rasminya mereka akan berhubung melalui Kementerian Luar,"katanya.
Bernama
Tue Apr 12 2016
NUR JAZLAN: Nasihat perjalanan dikeluarkan kedua-dua negara itu kurang berasas memandangkan kerajaan telah mengambil langkah-langkah keselamatan dalam mengekang kegiatan keganasan di negara ini. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.