Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kerajaan Pakatan Harapan dapat memulihkan kedudukan kewangan negara sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
Namun, jelasnya lagi, bagi mencapai tujuan itu, semua pihak terutamanya golongan penjawat awam harus bersabar dan memberi kerjasama penuh terhadap dasar dan usaha yang sedang dijalankan.
“Seluruh rakyat, termasuk anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita dapat kurangkan perbelanjaan bagi membayar hutang.
“Kita akan dapat jelaskan hutang dan selepas itu maka pendapatan kerajaan akan meningkat dan holeh digunakan untuk bantu sara hidup rakyat juga, khususnya mereka yang bekerja dalam kerajaan,” katanya lagi.
Tun Mahathir berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama Perdana Menteri, di Universiti Putra Malaysia, di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda serta kesemua anggota badan itu kerana memberikan kerjasama sewaktu peralihan kerajaan selepas pilihan raya umum lalu.
“Kita alu-alukan sikap CUEPACS yang tidak ganas seperti negara lain,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Mar 25 2019
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
CEUPACS mohon bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam, pesara
Bantuan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam di samping meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Negara akan pulih dalam tiga tahun - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kerajaan Pakatan Harapan dapat memulihkan kedudukan kewangan negara sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
Penjawat awam terima pemberian khas RM500 esok
Seramai 1.6 juta penjawat awam akan menerima pemberian khas 2015 sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan esok.