Seramai 1.6 juta penjawat awam akan menerima pemberian khas 2015 sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan esok.
Selain itu, sebanyak 1 juta pesara kerajaan juga akan menerima Pemberian Bayaran Khas sebanyak RM250 esok.
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2015 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemberian khas itu diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat pada 2015.
Ia tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2015.
Pegawai yang layak dibayar pemberian khas itu antaranya ialah pegawai lantikan tetap, sementara, perkhidmatan kontrak dan guru interim serta pegawai bercuti separuh gaji.
Pemberian khas kepada kakitangan awam itu melibatkan peruntukan sebanyak RM645 juta, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Bajet 2016 pada 23 Okt lepas.
Selain itu, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, kerajaan juga bersetuju menyediakan peruntukan RM1.1 bilion untuk memberi faedah pemindahan gaji bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred kepada semua kakitangannya.
Menurut pekeliling itu, kerajaan juga akan menambah baik 252 skim perkhidmatan untuk 406,000 penjawat awam dan menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan.
Kadar pencen minimum juga ditetapkan kepada RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.
Pelaksanaan kesemua langkah ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju memberikan bantuan khas kewangan kepada semua kakitangan awam dan pesara.
"Kita tahu penjawat awam sememangnya menunggu bantuan seperti ini dan sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban penjawatan awam.
"Cuepacs ingin menyarankan kepada penjawat awam supaya menggunakan peruntukan yang bakal diterima itu dengan bijaksana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata wang itu antaranya dapat menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak bagi mereka yang bekeluarga.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Seramai 1.6 juta penjawat awam akan menerima pemberian khas 2015 sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan esok. - Gambar Hiasan
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.