Peguam yang mewakili bekas Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji akan dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk diambil keterangan pada jam 10 pagi esok.

Perkara berkenaan disahkan oleh peguam tersebut laman sosial Facebook peribadinya hari ini.

Menurutnya lagi dalam status FB, beliau akan dipanggil SPRM kerana beliau dipercayai mendakwa pihak SPRM telah menerima arahan dari pihak atasan untuk 'membutakan mata' dalam proses siasatan anak guaman beliau.

'Tindakan' ini dipercayai boleh memprejudiskan siasatan SPRM terhadap anak guaman beliau yang kini dalam tahanan reman.

BACA: Pihak SPRM telah menolak dakwaan ini
.

Anak guaman peguam ini telah ditahan oleh SPRM atas siasatan berkenaan dengan ubah suai rumah bernilai RM400,000.