Seorang pekerja kilang maut akibat tersepit pada mesin membuat acuan ketika sedang bekerja di sini awal pagi ini.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Zaid Ibrahim, 33 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 pagi sebelum anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu telah tersepit pada mesin 'Moulding' semasa bekerja.
"Mangsa telah tersepit pada bahagian tangan dan kepala dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Anggota bomba mengambil masa hampir dua jam bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.09 pagi.
Katanya, operasi menyelamat ditamatkan pada 6.32 pagi dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Astro Awani
Sat Aug 08 2020
Mangsa yang sedang bekerja tersepit pada bahagian tangan dan kepala pada mesin 'moulding' di kilang tersebut. - Foto JBPM Pulau Pinang
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang
JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang semalam memaklumkan mangsa telah sesat.
Lebih 18 jam padam kebakaran kilang kayu
JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada 6.53 petang dengan jentera pertama dari BBP Sungai Bakap digegaskan ke lokasi kejadian.
JBPM P.Pinang usaha tingkat kesedaran orang awam megenai kebakaran menerusi pelbagai program
Berdasarkan statistik, purata sekitar 60 peratus insiden kebakaran yang dilaporkan adalah berpunca daripada perkakasan elektrik.
Mayat lelaki rentung dalam bilik air, rumah kedai dua tingkat terbakar
Mayat mangsa ditemui di dalam bilik air di tingkat bawah rumah kedai terbabit selepas api berjaya dipadamkan.
Penumpang nyaris maut bas ekspres terbalik
Mangsa, enam lelaki dan 10 wanita, hanya mengalami kecederaan ringan dan terus diberi rawatan awal di lokasi kejadian.
Warga emas tinggal seorang diri maut dalam kebakaran
Hashim dikatakan terperangkap di dalam rumah ketika api sedang marak dan tidak sempat menyelamatkan diri.
P.Pinang kenal pasti 281 kawasan mudah banjir
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang telah mengenal pasti 281 lokasi kawasan mudah dilanda banjir di lima daerah di negeri itu, kata Pengarahnya Saadon Mokhtar.
Pemuda dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Tanjung Asam
Seorang pemuda dikhuatiri lemas ketika sedang bermandi di pantai Tanjung Asam, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada petang Sabtu.
Lebih lapan jam bomba padam kebakaran gudang simpan bahan kimia
Pasukan bomba mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan kimia di Kawasan Perindustrian Valdor di Sungai Bakap, hari ini.
Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan di kuil tersebut.