awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki rentung dalam bilik air, rumah kedai dua tingkat terbakar

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2023
23:20 MYT
Mayat lelaki rentung dalam bilik air, rumah kedai dua tingkat terbakar
Api sedang marak sewaktu anggota bomba tiba di tempat kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Seri Bahari, George Town, awal pagi tadi. - Foto JBPM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Satu lagi kebakaran maut melibatkan penghuni rumah terjadi di Pulau Pinang hari ini, menyaksikan seorang lelaki ditemui rentung selepas rumah kedai dua tingkat di Jalan Seri Bahari, di sini, terbakar pagi tadi.
Dalam kejadian kira kira jam 4 pagi itu, mayat mangsa ditemui di dalam bilik air di tingkat bawah rumah kedai terbabit selepas api berjaya dipadamkan.
Menurut Pegawai Operasi PBK1 Shafie Mohamad Safar, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran pada jam 4.12 pagi.
Tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Jalan Perak dan Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah rumah (kelas A) berkeluasan 20x70 kaki persegi.
Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus dari keseluruhan rumah kedai dua tingkat berkenaan.
"Api sedang marak sewaktu anggota tiba di tempat kejadian, namun kebakaran dapat dikawal pada jam 4.43 pagi.
"Terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam bangunan ketika kerja-kerja menyelamat dan pengawalan serta pemadaman sedang dijalankan.
"Mangsa ditemui rentung di dalam bilik air dan berjaya dibawa keluar sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Shafie, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela berhampiran sementara punca kebakaran masih dalam siasatan.
Ini merupakan insiden ketiga dalam masa tiga hari berturut-turut berlaku kebakaran yang melibatkan kematian di Pulau Pinang.
Isnin lepas, seorang kanak-kanak perempuan, G Sri Laavanya maut dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Air Itam.
Petang semalam, seorang wanita kurang upaya Nuraida Hashim, 43 tahun, juga maut dalam kebakaran rumahnya di Kampung Alma, Bukit Mertajam.
Topic Berkaitan
#rentung
#rumah kedai terbakar
#kebakaran maut
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan