Mendepani cabaran ekonomi semasa dalam membantu siswazah dari golongan miskin B40 melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM).

Itu antara matlamat utama pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund (UMEF) yang merupakan inisiatif Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim, menerusi tabung itu pihaknya mensasarkan dana endowmen sebanyak RM200 juta.

“Idea penubuhan UMEF ini bertitik tolak daripada keperluan UM untuk menjana sumber alternatif yang berdaya mahu susulan pengurangan peruntukan kerajaan.

“Sesungguhnya sumbangan tersebut amat bermakna kepada kami dan memberi inspirasi untuk terus berusaha mencapai sasaran dana endowmen sebanyak RM200,” katanya.

Jelasnya, kira-kira 60 peratus mahasiswa ijazah pertama universiti itu adalah dari kumpulan B40.

Sehingga kini Universiti Malaya mempunyai 200,000 alumni seluruh negara.

Sementara itu,Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Profesor Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin yang mewakili Menteri Pendidikan berkata usaha itu amat membantu melestarikan kewangan pendidikan di peringkat universiti di samping bantuan dari kerajaan.

Jelasnya, ia menyemarakkan budaya filantropik atau memberi derma dalam kalangan alumni dan warga Malaysia seperti yang dijalankan oleh universiti tersohor dunia seperti Havard, Cambridge dan Oxford.

“Saya yakin dengan alumni UM yang kini mencecah lebih daripada 190,000 sekiranya setiap alumni memberi derma RM10 sebulan, dana yang dapat dikumpul boleh mencecah RM19 juta sebulan dan RM228 juta dalam tempoh setahun,” katanya ketika membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan.

Sebagai rekod, Harvad University mempunyai endwomen sebanyak AS$32 bilion (RM132.3 bilion) yang disumbangkan sebahagian besar oleh alumninya.

Di Malaysia pula, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperoleh penjanaan endowmen berjumlah RM87 juta selepas diwujudkan sejak tahun 2009.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan UMEF di Universiti Malaya pada Sabtu.

Turut hadir menyaksikan pelancaran Penaung Persatuan Alumni Universiti Malaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.