Lima pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas akan dihalang daripada meninggalkan Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.
Katanya, langkah itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut.
"Laporan polis telah dibuat dan kami percaya lima individu ini masih berada di Sabah dan mungkin sedang cuba untuk tinggalkan Sabah.
"Kami telah meminta bantuan Jabatan Imigresen untuk menghalang lima individu ini daripada meninggalkan Sabah agar polis boleh menahan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jalaluddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda sehingga RM400 jika sabit kesalahan.
Lima pelancong dari negara barat itu bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 30 Mei lepas.
Insiden tersebut membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana perlakuan pelancong tersebut yang tidak menghormati adat resam tempatan.
Di Kundasang, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ramai yang membuat pelbagai spekulasi mengaitkan insiden bogel itu dengan kejadian gempa bumi di Ranau, kira-kira 108km dari sini, pagi tadi.
"Allah lebih mengetahui jawapannya kerana setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan dan kehendakNya," kata beliau.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 7.15 pagi ini di Ranau dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km di barat laut Ranau.
BACA : Gempa: Tiada kematian di Gunung Kinabalu dilaporkan - Polis Sabah
BACA : Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
BACA : 'Bagai ada tangan gergasi yang menggoncang katil' - warga Sabah
Bernama
Fri Jun 05 2015
Lima pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas akan dihalang daripada meninggalkan Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini. - Gambar Hiasan
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Mayat lelaki bogel ditemui terapung dalam sungai
Lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dengan identiti belum dikenal pasti.
Lelaki bogel tersepit dalam dinding berjaya diselamatkan
Siasatan awal turut mendapati mangsa terjatuh ke dalam ruangan tersebut dari tandas lelaki.
Polis Selangor terima 220 laporan kes peras ugut sebar video aksi lucah
Sebanyak 220 kes jenayah pemerasan sebar gambar dan video lucah dilaporkan dalam enam bulan pertama tahun ini.
Wanita trauma dakwa gambar separuh bogel tersebar di media sosial
Mangsa, 43, berkata, gambar itu tersebar sebanyak dua kali semasa sesi Facebook Live pada 12 Februari dan 18 Mac lalu selain di muat naik di saluran YouTube.
"Maafkan kami, kecuaian ini tidak sepatutnya berlaku" - penganjur ekspo tatu minta maaf pada rakyat Malaysia
Selepas dikritik dan dikecam oleh segenap lapisan masyarakat, penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 tampil memohon maaf.
Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tersebut.
'Orang minyak' berbogel cuba pecah masuk rumah
Mangsa telah lihat di bawah dan ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel cuba mengumpil tingkap depan rumahnya
Lelaki tunggang motosikal sambil berbogel ditahan, beri alasan 'hot'
Polis Jerman menahan seorang lelaki selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan bogel.
Tan Sri Tony tanggal baju demi...
Kali ini usahawan terkenal itu bergambar tanpa memakai berbaju dan mempamerkan tubuhnya bak seorang ahli bina badan lalu memuat naik foto berikut di laman Instagram buat tatapan semua pengikutnya.
'Mak nyah' bogel berjalan, menari tengah jalan gemparkan warga kota!
Mak nyah berkenaan dikatakan kurang siuman dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan rawatan