Seorang pengetua madrasah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Tawau hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap tiga pelajarnya pada tahun 2016.
Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Maznan Omar, 37, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Majistret memerintahkan hukuman tertuduh itu dilaksanakan secara berasingan bermula hari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan yang turut mahu tertuduh dikenakan hukuman serius bagi setiap pertuduhan serta dilaksanakan secara berasingan sebagai pengajaran kepada orang awam lain.
Selain itu, Wan Muhammad Fitri berkata antara faktor hukuman serius perlu dikenakan terhadap tertuduh termasuk mengambil kira usia mangsa yang terlibat masih muda serta hubungan antara pelajar dan pengetua dengan sepatutnya tertuduh melindungi kesemua mangsa.
"Status tertuduh juga perlu dilihat sebagai seorang yang luas dalam agama sepatutnya tahu perbuatan yang dilakukan tersebut itu songsang, dan dilakukan dengan kanak-kanak lelaki, tertuduh merupakan seorang pedofilia," katanya lagi dan sepanjang kes terbabit dibicarakan tujuh saksi telah dipanggil ke mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketua, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap tiga pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 15 tahun (pada tahun 2016) di sebuah rumah di Bandar Sri Indah, Tawau antara jam 11 pagi hingga 10.20 malam pada Jun 2016.
Kes itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun
Dalam pada itu Peguambela kes Darmin Acho memohon mahkamah menangguhkan hukuman berkenaan namun Pendakwa Raya membantah ekoran hukuman yang dijatuhkan tidak melibakan sebatan.
Ferhansha kemudian tidak membenarkan hukuman itu ditangguh.
Bernama
Tue May 07 2019
Maznan didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap tiga pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 15 tahun (pada tahun 2016) di sebuah rumah di Bandar Sri Indah, Tawau antara jam 11 pagi hingga 10.20 malam pada Jun 2016. - Astro AWANI
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
'Ustaz Budak' kekal dipenjara 13 bulan
Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun.
Kelucahan melampau: 'Ustaz Budak' akhirnya ke penjara
Ustaz Budak akhirnya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan hukuman.
Nelayan didakwa lakukan kelucahan melampau
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap sorang gadis di bawah jagaannya pada 20 Oktober lalu.
Guru didakwa lakukan amang seksual, kelucahan melampau terhadap kanak-kanak
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Lelaki laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak jual kuih diburu
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di sebuah pangsapuri di Seksyen 19, Petaling Jaya, di sini Isnin lepas.
Mahkamah: "Ustaz Budak" didakwa cabul lelaki
Seorang pengusaha madrasah di Kelantan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau.
Guru madrasah ditangkap kerana mencabul kaum sejenis
Guru berusia 32 tahun itu didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas seorang lelaki yang juga ahli perniagaan berusia 30 tahun.
2 anggota polis dituduh lakukan seks luar tabii, cabul, ugut pasangan kekasih
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Pengetua madrasah dipenjara tiga tahun melakukan kelucahan melampau
Majistret memerintahkan hukuman tertuduh itu dilaksanakan secara berasingan bermula hari ini.
Selamba beronani dalam lif, pemandu van didakwa
Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas.