Penguatkuasaan bersepadu antara Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berjaya mengurangkan kes kesalahan hutan, sidang Dewan Undangan Negeri Perak diberitahu hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata bilangan kes kesalahan hutan yang dikesan pada tahun 2014 berkurangan kepada 40 kes daripada 45 kes pada 2013 dan 60 kes tahun sebelumnya.
"Jumlah kutipan kompaun daripada kesalahan hutan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM529,400, 2013 menurun kepada RM282,448.21 dan RM390,420 pada 2012," katanya ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis).
Katanya pelbagai usaha telah dijalankan dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap kegiatan pembalakan haram termasuk mengadakan pemantauan hutan melalui udara, menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
"NBOS melibatkan agensi seperti Pejabat Daerah dan Tanah Gerik, Perbadanan Taman Negeri Perak, polis, tentera dan Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia)," katanya.
Selain itu, Zambry berkata JPNPk turut menjalankan aktiviti pemantauan berkala dan mengguna pakai teknologi moden penderiaan jauh (satelit) menerusi projek Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FRMS).
"Aktiviti itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Agensi Remote Sensing Malaysia untuk tujuan pengesanan pembalakan haram.
"Untuk penguatkuasaan, JPNPk mempunyai peruntukan undang-undang berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), Kaedah-kaedah Hutan 1988, Enakmen Industri Berasas Kayu 1987," katanya.
Beliau berkata JPNPk turut menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam menyelesaikan isu penerokaan hutan oleh masyarakat Orang Asli.
"Kawasan yang diteroka akan dipulihkan dengan menanam pokok-pokok sebagai langkah menghijaukan semula kawasan hutan untuk memelihara alam sekitar bagi tujuan pengurusan hutan secara berkekalan," katanya.
Zambry berkata sehingga Disember 2014, seluas 159,866 hektar di negeri ini telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Tadahan Air dalam hutan simpanan kekal.
"Ini secara langsung memenuhi kehendak Dasar Perhutanan Negara dan Rancangan Fizikal Negara (RFN) terutama melibatkan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan pembangunan berpandukan Rancangan Struktur Negeri dan Tempatan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri juga terlibat secara langsung dalam usaha memelihara habitat fauna melalui projek koridor ekologi 'Central Forest Spine' (CFS).
"CFS diwujudkan bagi menangani fragmentasi hutan yang dikenal pasti sebagai satu daripada ancaman kepada pemuliharaan khazanah biodiversiti negara dan menyumbang kepada peningkatan konflik antara manusia dan hidupan liar," katanya.
Bernama
Fri Apr 03 2015
ZAMBRY: Penguatkuasaan bersepadu kurangkan kes kesalahan hutan - Gambar fail
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar
Kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter anggaran keluasan 10 ekar.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah
Ia bagi mengelak berlaku bencana alam yang lebih buruk.
SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis
Dr Annuar berkata kerjasama ini akan menjadi sebahagian daripada persediaan negeri Sarawak dalam menghadapi kemungkinan wabak Penyakit X.
Budak merajuk lari ke hutan ditemukan dalam keletihan
Aliesah Aslan, 11, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat dan sedikit keletihan.
Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.
Kebakaran hutan, kediaman di Korea Selatan diburukkan lagi dengan angin kencang
Api merebak dengan pantas ke kawasan perumahan disebabkan angin kencang, lalu memusnahkan 103 hektar kawasan hutan, rumah dan bangunan lain.
Perbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) meminta semua pihak agar tidak terlalu bimbang dengan angka jangkaan kehilangan hutan sepertimana yang dilaporkan oleh RimbaWatch baru-baru ini.
Johor tutup Taman Eko, hutan simpan bermula hari ini
Penutupan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku berikutan musim tengkujuh.
Kelantan pernah minta tentera tangani pencerobohan hutan - MB
Pasukan terbabit telah mengadakan operasi untuk mengawasi pencerobohan daripada individu yang mengambil peluang menebang hutan secara haram.