Majlis Penasihat Kerajaan berkemungkinan besar membuat pengumuman tentang bayaran tol seawal-awalnya minggu depan, kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Zeti yang juga seorang daripada lima anggota Majlis itu berkata mereka akan bermesyuarat sekali lagi dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan minggu depan berhubung penstrukturan semula tol.
Bagaimanapun bekas Gabenor Bank Negara itu berkata beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai isu berkenaan hari ini sekalipun baru sahaja mengadakan mesyuarat dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham PLUS, syarikat konsesi tol terbesar di negara ini.
"Saya tidak mempunyai semua angka dan perincian mengenainya. (Bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin yang akan buat pengumuman apabila satu keputusan dicapai."Tugas ini sangat rumit dan kami semua komited untuk mencapai penyelesaian yang dapat menjaga kepentingan rakyat, semua orang berharap suasana berubah menjadi lebih baik dan kami harap kami dapat realisasikannya," katanya semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, di sini pada Khamis.
Pakatan Harapan yang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 minggu lepas, antara lain berjanji untuk memansuhkan kutipan tol dalam manifesto pilihan rayanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata satu penyelesaian yang tepat dan menyeluruh diperlukan untuk menangani isu lebuh raya bertol.
"Kita harus sedar banyak wang telah dilaburkan menerusi pasaran modal, justeru perlu ada suatu imbangan dalam situasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 17 2018
Majlis Penasihat Kerajaan berkemungkinan besar membuat pengumuman tentang bayaran tol seawal-awalnya minggu depan. -Gambar fail/Bernama
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.