Peserta perhimpunan aman bagi 'kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me-ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara pada Sabtu, diminta agar menjaga keamanan dan kebersihan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Mohamed Hanipa Maidin berkata setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan aman mengikut undang-undang negara, namun perhimpunan itu perlu dikawal supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.
"Saya mengulangi apa dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad)...jika mereka mahu berhimpun, nak buat kesyukuran...itu hak mereka, janji jangan ada apa-apa tindakan provokatif.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita semua bertanggungjawab jaga keamanan. Memang dulu sewaktu kami (pihak pembangkang) berhimpun, kami akan ingatkan kepada pengikut supaya menjaga keamanan, kebersihan dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program Khatan Asnaf di sini malam Jumaat.
Mohamed Hanipa turut mengingatkan pemimpin daripada pihak yang menyokong perhimpunan tersebut agar turut serta, dan tidak hanya membiarkan pengikut berhimpun.
"Kita harap jangan pengikut sahaja yang pergi, pemimpin pun kena pergi," katanya.
Terdahulu, Mohamed Hanipa merasmikan program Khatan Asnaf dianjurkan parti Amanah Cawangan Kepala Batas bersama Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) yang disertai 40 kanak-kanak asnaf dari kawasan setempat.
Ketua Amanah Cawangan Kepala Batas, Ramli Omar berkata tujuan Amanah mengadakan program sedemikian adalah untuk membuka mata masyarakat bahawa perkhidmatan khatan sememangnya disediakan secara percuma oleh pihak kerajaan.
"Dengan pendekatan ini, kita harap masyarakat sedar bahawa perkhidmatan khatan ini memang disediakan percuma oleh pihak kerajaan. Selama ini ramai yang menggunakan perkhidmatan yang mengenakan bayaran kerana tidak tahu," katanya.
Ramli berkata 40 kanak-kanak asnaf akan dibawa ke Hospital Kepala Batas pada Sabtu untuk berkhatan manakala selebihnya akan dibawa pada tarikh ditetapkan pihak hospital kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 07 2018
Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan aman mengikut undang-undang negara, namun perhimpunan itu perlu dikawal. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin
Mustahil bagi wakil rakyat terus menahan kesejukan dalam tempoh masa yang lama, dan ia sering berlaku di mana-mana Parlimen di negara lain.
Ketua Polis Negara tidak terkecuali siasatan IPCMC
Semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Negara tidak terkecuali daripada pemakaian atau siasatan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
"Selagi masih waras, sila bersara" - kata Hanipa kepada Abdul Hadi
Abdul Hadi sering mengajar ahli PAS untuk tidak mengamalkan assobiyah, tetapi tidak memegang pada ajarannya sendiri, dakwa Hanipa.
"Kejap macam perempuan, kejap macam lelaki" - reaksi Hanipa Maidin pada Azalina jerat diri
Hanipa Maidin dikecam kerana keluar kenyataan berunsur seksis pada Azalina Othman Said
Perhimpunan ICERD: Silakan berhimpun tetapi jaga keamanan - Hanipa
Peserta perhimpunan aman bagi 'kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD di ibu negara diminta agar menjaga keamanan dan kebersihan.
Tempoh lelongan Equanimity berakhir Ogos ini - Hanipa
Tempoh lelongan kapal layar mewah Equanimity yang berada di Langkawi akan berakhir pada Ogos tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.
Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity - Hanipa
Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity'.
Rogol dalam perkahwinan: Lapor polis, guna peruntukan sedia ada
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin berkata ini kerana hanya satu kes sahaja dilaporkan melibatkan keganasan rumah tangga di bawah peruntukan tersebut.
Hanipa bidas Zahid, dakwaan tidak berasas
Mohamed Hanipa Maidin membidas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berasas yang mendakwa wujudnya campur tangan pihak tertentu berhubung pengguguran kes pemimpin kerajaan.