Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity' yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low sepatutnya mencabar perintah mahkamah jika kapal itu adalah miliknya dan tidak boleh dijual.
"Saya hairan kalau mereka mempertikaikan bahawa kapal ini milik seseorang, kalau Jho Low rasa kapal ini miliknya, sepatutnya mereka cabar di mahkamah," katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang mahu kepastian bahawa kapal itu adalah milik Jho Low pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Hanipa berkata memorandum maklumat berkenaan penjualan kapal mewah itu juga jelas menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang telah membantah tindakan jualan itu.
Beliau menjelaskan, dengan perintah mahkamah itu, segala urusan pendaftaran di Pulau Cayman di mana 'Equanimity' didaftarkan telah tamat manakala pembida yang berjaya untuk membeli kapal itu nanti akan mendapat hak milik sah terhadapnya.
'Equanimity yang dilaporkan dibeli dengan dana 1MDB yang diselewengkan telah disita kerajaan Malaysia pada 7 Ogos lepas dan pada 19 Okt Mahkamah Tinggi mengisytiharkan ia adalah milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.
BACA: Equanimity tiba di Langkawi untuk simpanan sementara
Mahkamah Admiralti pada 26 Okt meluluskan terma dan syarat bagi proses bidaan kapal itu dari 29 Okt hingga 28 Nov ini.
Dalam pada itu, Hanipa juga menggesa Jho Low supaya balik ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan dan mempertahankan dirinya.
Tambahnya, mana-mana pihak yang menpunyai maklumat untuk membawa balik Jho Low harus berhubung terus dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Menjawab soalan asal Teh Kok Lim (PH-Taiping), Hanipa berkata nilai jualan 'Equanimity' semasa proses penjualan tidak dapat didedahkan selaras dengan perintah mahkamah.
Semua tawaran untuk membelinya adalah dibuat terus kepada sherif mahkamah dan sherif mahkamah diberi kuasa untuk menerima bidaan tertinggi yang dibuat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 15 2018
HANIPA: Saya hairan kalau mereka mempertikaikan bahawa kapal ini milik seseorang, kalau Jho Low rasa kapal ini miliknya, sepatutnya mereka cabar di mahkamah. - Gambar fail/BERNAMA
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.