Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 10 Ogos depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Beliau berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Sehubungan itu, Ramli berkata, dengan pelanjutan yang bermula esok itu, semua penduduk di kawasan terlibat diminta supaya berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara 6 petang hingga 6 pagi.
"Keperluan perintah berkurung diteruskan adalah untuk memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berdasarkan siasatan, katanya, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Ramli berkata perintah berkurung itu juga diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan daratan Esszone.
Menurutnya, perintah berkurung itu turut memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan di kawasan sekitar mereka.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah terlibat untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 10 Ogos depan ekoran faktor-faktor keselamatan. - foto BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan
Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.
Dua maut, lori bawa baja terbabas ke dalam gaung
Dua maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan baja terbabas ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan, dekat Beluran.
Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia
Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia.
[RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dengan jumlah undian sebanyak 11,303.
Dua maut treler bertembung
Mangsa Ansar Sindrang, 35, dan Asri Alimin, 31, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
PRU15: Bertanding atas tiket Perikatan Nasional, itu hak Ronald Kiandee
Tindakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Beluran merupakan hak Ronald.
PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru
Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi Sabtu.
KPDNHEP Sabah tumpas cubaan seleweng barang kawalan
Ia melibatkan minyak masak dan diesel bersubsidi, dipercayai akan dijual ke negara jiran.
Kanak-kanak mahu ke sekolah terjatuh gara-gara jambatan runtuh di Kampung Miadan, Beluran
Seorang kanak-kanak lengkap berbaju sekolah terjatuh selepas jambatan kayu usang runtuh di Kampung Miadan, dekat Paitan Beluran.
Gempa bumi lemah 3.8 di Beluran, Sabah
Gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran, Sabah pada jam 8:39 malam, pada Isnin.