Bermula 27 Dis ini, pemegang semua jenis pasport Malaysia boleh memasuki Maghribi selama 90 hari tanpa visa.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata ini susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 Julai lalu.
Menurut kenyataan itu selepas semua keperluan dalaman dipenuhi oleh kedua-dua negara, perjanjian itu dikuatkuasakan pada 27 Dis ini.
"Bermula tarikh itu, pemegang pasport Malaysia yang melakukan perjalanan rasmi, perniagaan atau lawatan sosial boleh memasuki Maghribi secara bebas selama 90 hari tanpa keperluan visa.
"Penguatkuasaan perjanjian ini dijangka terus memperkukuh hubungan dua hala di antara kedua-dua negara memandangkan ia menyediakan platform bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan," demikian menurut kenyataan itu.
Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Maghribi terjalin sejak 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2017
Bermula 27 Dis, pemegang pasport Malaysia yang melakukan perjalanan rasmi, perniagaan atau lawatan sosial boleh memasuki Maghribi secara bebas selama 90 hari tanpa keperluan visa. - Gambar hiasan
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Sektor perladangan digesa tingkat penggunaan teknologi, elak penebangan hutan
Perladangan antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dan Perdana Menteri mahu melihat ia memenuhi beberapa aspek.
Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
Kerajaan disaran perhalusi pelaksanaan tempoh 90 hari cuti bersalin
Sharifah Hapsah berkata kerajaan harus mempertimbangkan dasar 'menang-menang', seperti pemberian insentif kepada majikan yang memberi cuti kepada pekerja mereka.
Cuti bersalin 90 hari, gembirakah kaum wanita?
Bunyinya menggembirakan wanita, tetapi tidak semestinya memperkasa wanita
Cuti bersalin 90 hari bebankan syarikat kecil - MEF
Shamsuddin Bardan berkata peningkatan tempoh cuti bersalin itu juga dilihat bakal meningkatkan kos operasi syarikat berkenaan.
Tindakan akan dikenakan ke atas majikan swasta yang enggan beri cuti bersalin 90 hari
Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan
Perjalanan bebas visa ke Maghribi untuk rakyat Malaysia bermula 27 Dis
Ini susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 Julai lalu.