Kotak hitam pesawat latihan Aermacchi MB-339 yang terhempas di Kampung Pandan Dalam, Nenasi, Pahang pada Selasa lalu akan dihantar ke pihak Pengeluar Peralatan Tulen OEM untuk dianalisis.
Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia TUDM, Jeneral Tan Sri Roslan Saad, berkata ia bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan berkenaan.
Pada masa sama, siasatan menyeluruh turut dijalankan pihak TUDM, mengambil kira pelbagai aspek merangkumi teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.
“Data kotak hitam itu akan dihantar ke OEM dan selepas itu baru kita boleh memberi pengesahan,” katanya.
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan, dua anggota cedera ringan
BACA: Pesawat terhempas disiasat menyeluruh - Panglima TUDM
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian sayap penerbangan kursus asas penerbangan siri 77 Palang 2016 (77/2016) di Kolej Tentera Udara di sini hari ini.
GALERI FOTO: Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan, dua anggota cedera ringan
Dalam kejadian sekitar pukul 12.45 tengah hari itu, pelatih penerbangan, Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Astro Awani
Tue May 24 2016
Kotak hitam pesawat latihan Aermacchi MB-339 dihantar untuk analisis bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Pesawat pejuang TUDM terhempas: Kotak hitam dihantar ke OEM untuk dianalisis
Kotak hitam pesawat latihan Aermacchi MB-339 dihantar untuk analisis bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.
Pesawat terhempas disiasat menyeluruh - Panglima TUDM
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.
Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan, dua anggota cedera ringan
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari selepas pesawat berkenaan mengalami masalah enjin.