Antara janji Pakatan Harapan adalah untuk memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara.

Namun peguam Syahredzan Johan berkata janji 15 itu masih belum boleh dilaksanakan kerana pindaan itu hanya boleh dilakukan sekiranya dua pertiga Ahli Parlimen Dewan Rakyat atau Senator Dewan Negara bersetuju untuk melaksanakan pindaan tersebut.

Syahredzan berkata demikian dalam program ‘100 Hari Malaysia Baharu’ yang dihoskan oleh Nazri Kahar pada Selasa.

“Janji 15 itu masih belum boleh dilaksanakan kerana Pakatan Harapan hanya mempunyai majoriti mudah tetapi tiada dua pertiga dalam Dewan Negara.

“Mereka perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak pembangkang untuk meneruskan pindaan ini dan sekiranya mereka bersetuju, barulah ia boleh dilaksanakan,” katanya.