KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya berperanan sebagai dalang.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan tegas akan dikenakan mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 sekiranya terdapat bukti bahawa mereka yang diselamatkan itu ialah dalang yang merekrut mangsa.
"Sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh didakwa dan dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda. Setakat hari ini seramai empat orang warga Malaysia telah didakwa kerana disyaki menjadi dalang sindiket penipuan ini di Peru pada 2023," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead yang ingin mengetahui langkah diambil kerajaan bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan lain-lain negara.
Mohamad berkata tawaran gaji lumayan mencecah hingga USD2,000 (RM9450), kemudahan lengkap, tambang penerbangan dan penginapan serta kebebasan berjudi secara pinjaman dikenal pasti antara punca rakyat Malaysia tertarik dengan tawaran pekerjaan luar negara.
"Rata-rata mangsa terdiri daripada mereka yang kurang berpendidikan, hidup susah dan mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
"Namun apabila mereka bekerja, mereka perlu mencapai sasaran ditentukan majikan dan jika gagal mencapai sasaran, mereka akan didenda seperti ditolak gaji, tidak diberi makan dan dipaksa bekerja lebih masa," katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa prihatin dan memandang serius berhubung isu sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan melibatkan warga Malaysia dan pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras jenayah itu.
"Isu ini bersifat merentas pelbagai kementerian dan agensi kerajaan selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu(pendekatan) keseluruhan kerajaan. Kementerian juga sudah bekerjasama erat dengan kementerian lain serta agensi berkaitan bagi membendung jenayah ini.
"Selain itu, banyak juga yang sudah kita laksanakan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya golongan muda melalui pelbagai aplikasi media seperti Youtube, Instagram serta video hebahan untuk kesedaran dan ia turut dikongsi media masa utama seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan TVS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

Mohamad berkata tindakan tegas akan dikenakan sekiranya terdapat bukti bahawa mereka yang diselamatkan itu ialah dalang yang merekrut mangsa. - Gambar/ Bernama
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.